Semalam, beberapa pengguna perkhidmatan internet telah mengalami kesukaran untuk mengakses ke laman portal The Malaysian Insider(TMI) ekoran portal tersebut telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut laporan AstroAwani, portal berkenaan disekat SKMM berhubung beberapa kandungannya yang menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
SKMM turut memberitahu, sekatan dibuat adalah berdasarkan aduan yang diterima dan maklumat dari orang ramai.
SKMM dalam laporan yang sama mengingatkan kepada portal-portal berita agar tidak menyiarkan artikel-artikel yang belum dietentukan kesahihannya.
Mana-mana portal berita yang menyiarkan artikel tanpa ada sumber yang sah akan menundang kekeliruan dan mencetuskan situasi yang tidak diingini.
Sementara itu FreeMalaysiaToday melaporkan, Jahabar Sadiq, selaku Ketua eksekutif dan editor TMI mendakwa pihaknya tidak menerima sebarang notis berhubung perlanggaran undang-undang itu.
Laporan yang sama turut memberitahu, Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin mengesahkan sekatan tersebut.
Facebook Comments