Ramai yang cuak dan menggelabah kalau nampak ‘roadblock’ secara mengejut depan mata betul tak? 

Kalau anda tak buat salah, buat apa nak takut? Jangan risau, pihak polis tak akan saman atau tahan kita kalau tiada kesalahan kita lakukan. Tapi, disini ada tips sikit nak kongsi kepada anda semua supaya bersedia sentiasa ketika berhadapan dengan ‘roadblock ini’.
Kalau dah nampak roadblock, jangan segan silu, nak taknak kena lah lalu jugak, kalau lari kan dah malang kalau kena kejar, kereta polis laju, jangan main-main.
Sebelum melalui roadblock korang dah kena sediakan semua dokumen penting seperti IC dan juga lesen memandu
Kalau waktu malam, buka lampu dalam siap-siap
Turunkan tingkap
Senyum dan bagi lah salam terus bagi umat islam tu, ucap selamat malam bagi yang bukan islam.
Terus tunjukkan dokumen-dokumen tadi walaupun tak minta
Dah selesai dan disuruh jalan, ucaplah terima kasih dalam keadaan masih tersenyum.
Bukankah elok macam tu, kesimpulannya “Senyum, tak perlu kata apa-apa”.
Jadilah pengguna jalan raya yang bijak, patuhilah undang-undang demi keselamatan kita juga. Buat apa nak susah-susah keluarkan duit semata-mata untuk bayar saman sedangkan kita boleh elak semua tu. ya tak? renung-renungkan lah.

Comments

comments