Siapa sangka anak yang ditatang sepenuhnya, membesar sihat didepan mata boleh pergi selamanya. Sememangnya kita sedar yang segala apa didunia ni pinjaman semata-mata, tiada apa yang kekal. Tapi ingatlah tiada ujian ditimpakan melebihi kesanggupan hambaNya sendiri.

Allahuakbar. Baru pos barang customer ni semalam, hari ni dia whatsapp inform anak dia dah meninggal.

A note to myself & all of us. Mungkin kadang-kadang anak kita nakal, baru tidur 3 minit dah bangun, pukul 2 pagi still taknak tidur lagi, asyik nak kena dukung bila letak bawah menangis but always remember, anak adalah pinjaman dari Allah. Bila-bila masa DIA boleh ambil dari kita. Just enjoy the moment together sebab kita tak pasti bila kali terakhir kita dapat melihat mereka.
Semoga keluarga anak syurga ini tabah menghadapi dugaan ini. Al-fatihah.
Always take a good care of your loved ones!
Facebook Comments