Tadi kami dua beranak ke Bangi Gateway. Si kecil saya mahu sangat ke Robocar Poli. Mamanya kena kerja, jadi berdatinglah kami sekejap.
Selesai membuat pelaburan sebanyak RM58, kami pun berjalan mahu menuruni eskalator.
Ada dua orang kakak-kakak menegur saya, follower yang baik di FB.
Mereka geram-geram dengan anak saya. Tup tup salah seorangnya tegur kenapa mok mok, pasti banyak makan, Suka itu ini. Saya pun bila lihat wajah anak pun sudah tak berapa selesa, saya kata
“Anak saya high dose steroid ni, dia Nephrotic Syndrome, sebab itu wajah dia membulat tu (moon face),”
Terus dua-dua terdiam dan meminta maaf. Saya ok.
Elok sahaja masuk dalam kereta, anak saya terus tanya,
“Abah, berdosa ke jadi orang sakit?”
“Eh taklah. Itukan ujian Allah.”
“Allah sayang?”
“Ha ah,”
Beliau kembali membelek mainannya sampai ke rumah. Sudah di rumah, dia tanya lagi satu soalan,
“Kenapa acik tadi cakap macam tu kan abah? Bukan ‘Ain saja-saja nak gemuk, kesian ‘Ain.”
Saya pun explain panjang lebar. Walaupun baru nak masuk empat tahun, budak ini sudah pandai ada perasaan.
Kawan-kawan,
Orang kita memang rajin bab tegur-tegur ni. Asal masih bujang, tanya bila nak kahwin. Dah kahwin, boleh pula tanya tak teringin ke anak?
Dah ada anak, tanya pula bila nak ada anak lagi. Itulah keseronokan bertanya orang-orang kita. Asal lepas apa yang terbuku, tanya.
Kawan-kawan yang baik,
Tak salah pun nak tanya, nak tegur, nak berbual. Cuma cukup sekadar puji comel, luahkan geram dengan cubit pipi dan tanya khabar. Cukup. Kalau tak puas lagi, kau tegurlah bapak budak ni yang gemok, yang tak kacak, yang hitam legam. Tak apa, bapaknya kool. Jangan cubit pipi dan cuit pinggang, udah.
Dulu-dulu saya pun ada perasan tentang ibu bapa yang ada anak-anak yang ‘sihat-sihat’ ini. Mungkin ya ada antaranya memang obesiti. Tetapi tak semua. Tak baik pukul rata begitu.
Kawan-kawan, doakan anak saya sembuh. Tak perlu komen yang bukan-bukan ya. Kool dan relaks dan ambil pengajaran.
Khairul Hakimin. Muhammad,

Anakku Nephrotic Syndrome.

Sumber : facebook Khairul Hakimin Muhammad

Comments

comments