Ketika di KTM padang jawa semalam.

Naik last tren. So sampai pun dah agak lewat. Sementara menunggu anty jemput, duduk di satu bangku. Masa duduk ja di bangku, ada seekor kucing datang dan belai-belai kaki kanan serta kaki kiri saya. Lepastu asyik bising seolah lapar nak makanan. Sekitar ktm padang jawa tiada jual apa-apa, saya tak tahu nak bagi makanan apa kat kucing tu sebab dalam beg sendiri pun tiada makanan hatta minuman.
Tiba-tiba ada sorang lelaki tu yang kebetulan turun sama-sama dengan saya di stesen padang jawa menangkap kucing itu dan membelainya. Kalau tengok dari paras fizikal dan rupa, mungkin usia beliau dalam lingkungan 25 tahun ke atas. Dia buka beg, keluarkan beberapa roti dan beri kucing itu makan. Subhanallah.
Anda sendiri boleh zoom bagaimana dengan lahapnya seekor kucing yang lapar sedang menikmati makanan yang diberi.
Lepas dia bagi makan kucing tu, lelaki tu asyik tengok saya. Saya dapat rasa sebab saya sedang mengalihkan pandangan ke arah kucing itu di sebelahnya. Banyak kali dapat rasa beliau macam perhatikan saya. Yang peliknya, after a few minutes, datang sebuah kereta saga yang pasti itu kereta milik member lelaki tu. Sebab nampak dia tengah sambut call dan dapat dengar perbualan dia yang mengatakan dia dah sampai ktm padang jawa. Tapi bila saga member dia dah sampai depan ktm, dia suruh parking dekat depan busstop dan tunggu kejap. Masa tu saya memang tak sedap hati, sebab kawasan ktm sangat gelap. Macam-macam bermain di fikiran, sebab dia asyik pandang tak habis-habis. Mulalah mulut terkumat kamit dengan zikir keselamatan diri seperti yang sering diajar oleh ayah. Dan juga ayatul kursi tanpa henti.
Kemudian, telefon berbunyi. Anty kata lagi 2 minit sampai ktm. Fuhh lega.. Masa nak pi kereta anty, nak taknak kena lalu depan lelaki tu. Sebab area tangga dekat kawasan dia berdiri. Time nak turun dia kata kat saya,
” Awak lain kali jangan lewat jalan sendiri. Bahaya. . Member saya dah sampai dari tadi, tu yang tengah parking tu(sambil jari tuding kawasan parking). Tapi saya tidak gerak lagi sebab awak tak gerak lagi..kalau saya gerak tadi, saya tak tau apa nasib awak berdua dengan uncle tu.(sambil tunjuk pakcik guard yang berkulit gelap), yang penting guard tu bukan penduduk asal malaysia. Sekarang ni saya dah boleh gerak, sebab awak dah selamat nak balik. Hati2.”
Masya Allah!
Wallahi terkesima
Terpana
Terkejut
Terdiam
Rupanya dia asyik pandang dari tadi sebab nak ‘mengawal’ keselamatan saya, lagi-lagi saya wanita yang memakai niqab di tempat gelap sendirian.
Betapa saya terlalu berhutang budi dengan beliau. Dan saya tidak pasti sama ada sampai atau tidak, 80 % LELAKI MELAYU, kita ini yang boleh bersikap sedemikian. Yang penting, itu juga cara-Nya menunjukkan cinta kepada hamba-Nya.
Saya tidak mengangkat diri, bahawa saya sentiasa rasa ‘terjaga’ oleh Rabb. Sebaliknya saya berasa malu, sebab beribu dosa yang saya lakukan, Rabb masih ‘sudi’ dan ‘mahu’ pandang saya bahkan menjaga saya di saat waktu terancam seperti itu. Sebenarnya dah terlalu banyak pengalaman yang membuatkan hati ini sebak dan sebak bila mengenangkan betapa rahmat Allah terlalu luas.
Sungguh Maha Agungnya Allah
Maha Besarnya Allah.
Siapa follower lama mungkin pernah mengikuti juga kisah benar saya, mengenai orang gila di kawasan BANK BSN yang telah memegang dan menyentuh semua wanita dalam bank, tapi ketika saat menghampiri saya. Orang gila itu terkaku. Dan lidah saya basah dengan zikir serta ayatul kursi. Badan dah menggigil tahap gila tapi Allah jaga dan tetap jaga. Dia tak sentuh sedikitpun tubuh saya.
Pesanan saya,
Sama ada lelaki mahupun perempuan. Sebelum kaki langkah keluar rumah, jangan lupa ayatul kursi. Jangan sesekali lupa. Wallahi, saya boleh saja coretkan betapa ajaibnya amalan ini, dalam 1 buku yang tebal semenjak saya telah mengamalnya sejak berusia 18 tahun. (Permualaan hijrah) hingga hari ini 22 tahun.
Apapun.
Semua itu adalah kehendak Dia.
Banyak fadhilat ayatul kursi yang selalu orang islam abaikan.
It’s never too late to start something great. Let’s begin now!

Comments

comments