Tayar yang anda gunakan pada kenderaan memastikan ia dapat berjalan dengan lancar. Kerap kali kita hanya memastikan tayar masih mempunyai bunga bagi memastikan kenderaan sesuai dipandu ketika hujan. Apa yang jarang kita cari ialah tanda-tanda awal bisul tayar. Bisul tayar berlaku apabila permukaan tayar menghentak objek keras. Ruang yang menyimpan udara tayar mengalami kerosakan tetapi lapisan paling luar tidak terkoyak. Ini mengakibatkan udara dari ruang udara memasuki lapisan perantara dan menghasilkan gelembung. Di dalam kes paling teruk berpuluh bisul boleh muncul pada sisi tayar. Apabila ini berlaku tayar tidak boleh lagi diselamatkan dan perlu diganti. 

Comments

comments