Semasa saya berkahwin dengan isteri saya, ketika itu perniagaan dah berkembang hingga ke tahap yang sangat baik walaupun mula modal RM90 sahaja, nak dibuat wedding yang grand memang mampu dengan Putra Aziz buat baju pengantin tetapi kami setakat sewa baju pengantin pakej dgn mak andam sekali dia buat hantaran dan pelamin. No specialist needed. Ada orang critic saya ketika itu katanya “dah kaya tapi bakhil”. Saya dan isteri senyum sahaja kerana kami berdua sefaham dalam mengatakan perkahwinan seharusnya ringkas dan tidak membazir. Dari bayar wedding planner sampai RM300,000 kenapa tidak belanjakan wang itu untuk masa selepas perkahwinan. Bersederhanalah walaupun kita mampu.

Yang mampu nak buat besar-besaran silakan kita tak cakap itu tak betul dan kami lebih betul. Dulu saya pun jurugambar untuk orang yang mahu belanja besar. Sebab itu saya sendiri jadi saksi 3 dari 10 perkahwinan gagal dalam 5 tahun pertama dan wedding mereka boleh tahan grand juga siap buat video pra perkahwinan lagi dan masa tonton siap sebak nak menangis bersyukur ditemukan dengan jodoh yang “betul”. Bukan satu tapi ramai pun macam tu juga. Soal cerai pula sebahagian besar kerana ekonomi keluarga. Sebahagian besar dari itu pula disebabkan hutang perkahwinan.
Semakin kita memudahkan perkahwinan, semakin kita mempersulitkan zina. Semakin kita persulitkan perkahwinan, semakin kita mendekati zina.
Perkahwinan kami biasa-biasa sahaja. Pak mertua dan Mak mertu bila rombongan saya tanyakan tentang hantaran mereka cuma jawab “biarlah itu anak-anak yang bincangkan, kita terima sahaja”. Itu lebih baik dari buat hantaran tinggi-tinggi pakai check tak ada isi tapi nombornya besar atau jumlahnya nak tinggi last-last share suami isteri. Kita kahwin ni kerana kewajiban berkahwin bukan untuk tunjuk siapa lebih grand. Lagipun kami bukan artispun nak buat kerja kahwin kena buat press conference dgn penaja dah beratur. Kami orang biasa-biasa sahaja dan bulan lepas kami genap 9 tahun hidup sebagai suami isteri.
Tentang gambar ini di bangku itu, sebenarnya revisit dengan anak. Bangku itu tempat selepas 3 bulan berkenalan dengan isteri saya kemudian saya lamar terus untuk jadi isteri dan dia cakap YES smile emoticon jimat masa bercinta lama-lama.
Kan senang.

Comments

comments