Hari ni genap 7 bulan arwah ayah aku pergi. Aku orang miskin, bukan bermaksud aku rendahkan usaha titik peluh ibu bapa aku, cuma adik beradik aku ramai, pendapatan mencukupi yang perlu sahaja, tak lebih. Adik beradik aku kahwin semua simple, walimah pun makan laksa je, aku seorang yang nak belajar sampai PhD, life aku memang dengan buku je.

Tapi bila sampai tahun akhir aku di kampus, ayah terima lamaran lelaki untuk aku, lamaran yang sebelum ni ayah semua tolak. Aku ikut kata mak ayah, sebab aku yakin, takde mak ayah nak anak gadis dia hidup dengan lelaki durjana, Pilihan mak ayah mesti terbaik untuk jaga puteri mereka. Ayah pilih tarikh nikah kami. Tapi aku berjanji dengan diri aku, kalau aku kahwin aku nak buat besar-besar, mewah sebab mak ayah aku selalu happy tengok anak orang lain kahwin dengan besar-besar. Sebab mak ayah aku orang susah dari kecik (mak cerita) jadi aku berjanji aku nak bagi mak ayah rasa mewah walaupun sehari di hari perkahwinan aku.
Ayah minta aku supaya nanti ada pelamin, (segala benda yang family aku tak pernah rasa). Btw, belanja perkahwinan aku tanggung sendirian walaupun bakal suami aku orang kaya, aku tak minta sesen pun, aku bukan jenis yang suka bergantung dengan duit orang. Aku jual laptop, handphone aku untuk preparation perkahwinan, aku buat handwritting note then aku jual, duit aku kumpul untuk buat mak ayah aku dapat rasa lebih dari biasa bukan sebab aku nak kahwin dengan mewah.
Alhamdulillah, aku tak tahu dari mana datangnya duit, majlis berlangsung denagn mewah, ayah aku orang paling happy, dapat duduk atas pelamin dengan mak. Ayah tak suka bergambar, tapi di hari perkahwinan aku, semua gambar ada gambar ayah mak. Aku nangis tengok adik beradik dengan mak ayah dapat rasa semua tu, makan mewah sikit dari biasa. Seminggu lepas aku kahwin ayah aku pergi mengadap Ilahi, ayah tinggalkan aku pada suami yang sangat memahami dan bertanggungjawab macam ayah. Tapi at least, aku puas sempat penuhi apa yang ayah aku nak rasa, merasa pelamin dan sedikit hidup senang sebelum beliau pergi selamanya.
Kini, setiap kali aku tengok gambar kahwin, aku tengok ayah. Setiap kali tidur, ayah selalu datang usap kepala aku, kalau aku demam, ayah selalu datang bawa senyuman dalam mimpi aku. Kini, aku di sem terakhir, langkah aku lesu tanpa semangat dan dorongan dari ayah, walaupun kami miskin, kami tak pernah miskin dari kasih sayang dan dorongan dari mak ayah. Kini, anak-anak ayah sudah berjaya, kakak-kakak aku sudah di PhD, abang aku kerja senang, tinggal mak sorang kami tatang bagai raja hingga akhir hayat.
Pengajaran, korang jangan fikir orang kahwin mewah tu semata-mata nak menunjuk, mungkin ada tujuan lain seperti aku untuk bahagiakan family rasa lebih sikit dari biasa walaupun diri sendiri derita utk cari duit. Lebih dari biasa je, jangan sampai melebih, membazir. Moga usaha aku ikhlas untuk bahagiakan mak ayah dapat ganjaran di sisi Allah. Aku rindu ayah.
Facebook Comments