Penemuan mumia seorang sami yang disimpan di dalam sebuah patung Buddha telah mengejutkan dunia baru-baru ini.
Mumia yang dipercayai berasal dari abad ke ke-11 atau ke-12 ini merupakan seorang sami Buddha semasa hayatnya.
Pengkajian yang diketuai oleh Erik Bruijn yang merupakan seorang pakar agama Buddha tidak menafikan bahawa mumia itu merupakan seorang sami Buddha yang bernama Liuquan yang hidup pada abad ke-11.
Imbasan CT yang dijalankan oleh para pengkaji mendedahkan kesemua organ dalaman mumia itu telah dibuang sebelum ianya diawetkan dan disimpan di dalam patung Buddha itu.

Comments

comments