Kahwin muda memang banyak cabaran, terutamanya kalau kewangan belum stabil dan dua-dua masih belajar. Sebab tu ramai pasangan muda buat family planning, sebab tahu nak ada anak ni kena bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan.
Artikel ini adalah hasil nukilan Abidah Abd Majid
Nama saya Abidah. Umur ketika nikah 27 (tahun 2014). Saya student, Tuan Suami student. Kami nikah dalam minggu preparation nak final semester punya exam. Hari ni nikah, esok balik asrama belek buku.
Pendek cerita, sebulan lepas nikah terus lekat. Saya bukan tak tahu merancang, saya sangat faham tajuk pembiakan masa belajar STPM dulu. Tapi saya tak berani, Allah nak bagi saya terima.
Dalam bawa perut saya turun naik tangga asrama tingkat 3, kelas tingkat 4. Masa tu kampus Kolej Insaniah kat Mergong takde lif. Saya hamil kencing manis pula, sehari dalam 2 minggu ulang-alik klinik 4 kali check blood sugar profile, nak-nak hari tu jadual kelas penuh pula, Allah saja tahu penatnya saya.
Pernah satu masa tu tinggal RM5 sahaja, saya bagi Tuan Suami suruh beli topup sebab ia penting sangat-sangat. Lepas tu satu sen takde, saya pulak ada kelas di kampus, air yang dibawa dah habis.. Saya dahaga sangat-sangat tapi 20 sen pun takde nak beli air kosong. Saya tunggu Tuan Suami datang lebih sejam, kredit saya… Lagilah takde…
Nak cerita cabaran saya hadapi, tak habis. Cuma nak bagitau, sampai sekarang kami belum habis study, PTPTN saya je yang pinjam, Tuan Suami ada masalah tak dapat pinjam. Kami tak pernah tunjuk susah dan terima bantuan Mak Abah. Dah 2 tahun berlalu, kami belum pernah berbulan madu. Anak dah umur 14 bulan.
Sepanjang hamil saya tak pernah alah, muntah pening semua tak ada. Mengidam tak ada. Susu masa 5 bulan hamil dah ada. Dekat bersalin sakit kontraksi pun tak, sampai doktor bubuh ubat bagi sakit. Anak saya sejak lahir kembung tak, muntah amat jarang, nangis tak, meragam tak demam tak lebih 24 jam.
Dan, kami jaga sendiri anak tanpa melibatkan orang tua. Masa Tuan Suami ke kelas, saya jaga anak di rumah. Masa saya ke kelas Tuan Suami jaga anak di luar kelas saya, supaya dekat dengan saya, supaya saya boleh segera dapatkan anak saya kalau-kalau dia lapar. Ya, susu badan penuh tanpa botol dan pam.
Semua ni saya lalui dengan doa dan tawakkal. Tiada daya melainkan qadar Allah. Yakin. Istighfar banyak-banyak bila-bila masa, solat dhuha, berbakti kepada ibu bapa dan mertua, sedekah juga. Ajak suami buat juga. InshaAllah, tiga cara ni paling senang untuk dimurahkan rezeki. Ada anak atau tak, Allah tahu yang terbaik.
Facebook Comments