Kata orang tiada yang mustahil dalam hidup ini asalkan berusaha. Artikel ini adalah hasil nukilan cik Nurul Nadia

Saya bukan seorang yang bijak
Akibat keputusan SPM yang teruk, saya tak dapat masuk IPTA walaupun dah beberapa kali buat permohonan. Saya akhirnya ke Politeknik selama 3 tahun.
Masih lagi tidak bernasib baik,saya juga tak dapat memasuki IPTA untuk sambung degree. Saya tak berputus asa, buat permohonan semula dan akhirnya berjaya masuk untuk second batch.
Semasa degree, saya telah menjalani pembedahan sehingga gagal dalam banyak subjek dan kena repeat semula semuanya. Namun ternyata mengambil master jauh lebih mencabar. Sebanyak 3 kali permohonan biasiswa saya ditolak sebelum berjaya.
Dari awal saya dah tahu, ambil Master in Science Computer dalam masa setahun bukanlah mudah. Gagal dalam beberapa subjek adalah kebiasaan dan saya perlu repeat lagi.
Ujian terakhir adalah yang paling berat. Apabila pulang ke Malaysia, saya dapat email menyatakan saya gagal dalam disertasi. Saya cuma ada 2 minggu jika nak lulus. Saya ambil cabaran itu dan tak tidur malam. Alhamdulillah berjaya.
Hanya kerana kamu mengambil masa yang lama jika dibandingkan dengan orang lain bukan bermakna kamu gagal. Rasa nak give up try lah lagi.


Status terbaru jawab pertanyaan orang ramai

Terima kasih yang add dan yang saya tak sempat balas mesej or approve satu persatu, saya minta maaf ye.
Majoriti bertanyakan tentang bagaimana proses belajar di luar negara. Insyallah saya akan jawab dalam post seterusnya secara detail. Tapi post kali ni saya akan jawab soalan2 lain dulu.
Pertama sekali, saya minta maaf kalau post ni menggunakan penggunaan Bahasa Melayu + Inggeris. wink emoticon


1) Results SPM :

Saya dapat 1 A, itupun subjek favourite : Teknologi Maklumat, yang lain B, C, dan selebihnya D dan E. Sedikit sebanyak boleh menerangkan kenapa saya tak dapat masuk IPTA, walaupun dah apply berkali kali.


2) Diploma :

Diploma saya di Politeknik Dungun, saya ambil jurusan IT (Programming). Pointer saya terakhir 3.45. Kalau anda rasa tinggi, ramai sangat boleh dapat lagi tinggi dari saya, dan untuk ambil degree kos CS di IPTA banyak pula saingan dari pelajar Matrik, yang menyebabkan saya tak dapat jugak masuk IPTA untuk degree.

3)Degree

Setelah buat permohonan kali kedua saya berjaya masuk ke UPM dengan kos Sistem Komputer. Masuk pun dah lambat, sebab ye lah kes rayuan.


4 )Undergo operation :

Tahun ke 2, saya terpaksa menjalani operation yang menyebabkan pelajaran saya tergendala 1 sem, tapi saya cuba nak habiskan jugak walaupun lecturer nasihatkan chill dulu. Akibat tak ikut pesanan lecturer untuk chill, saya gagal 3 subjek. Nak tak nak saya repeat, terpaksa ada jadual yang penuh dalam 1 sem, sebab degil nak habiskan on time.
Degree saya berjaya habis on time dan bukan degree kelas pertama. Dan saya berangan untuk belajar di oversea tapi tak tahu cara. (Bab ni saya akan explain lebih detail di post seterusnya)

5) Pasal kaya atau tidak :

Sejujurnya saya belajar diploma dan degree guna PTPTN dan master saya gunakan MARA. Dengan duit Mara jugak saya makan, minum, beli buku, keperluan harian dan travel.


6) Master di Uni of York :

Pointer akhir sepatutnya at least 3.3 untuk apply ke universiti ini memandang Uni of York adalah uni yang top juga dekat UK. Pointer saya bawah 3.3, apa yang saya buat adalah mungkin Personal Statements semasa apply uni saya itu kukuh untuk membolehkan mereka accept saya.
Master saya gagal 4 subjek saya repeat kesemuanya dan lulus. Dissertation(thesis) pun gagal itu pun saya dapat tau lepas balik Malaysia for good. Saya repeat dan akhirnya saya dapat jugak segulung Master. Alhamdulillah.

7) Pekerjaan :

Alhamdulillah, saya telah pun mempunyai pekerjaan. Tips saya apply sebanyak mungkin 1 hari di Jobstreet dan Linkedin. Pergi career fair sebanyak mungkin. Awal-awal memang susah, tapi insyallah kalau gigih sure boleh.

8) Bahasa Inggeris :

Ramai yang tanya, boleh ke saya belajar oversea tapi English saya teruk. Secara am nya, bahasa inggeris saya pun teruk, Muet Band 2 ( tapi saya repeat muet selepas itu). Kalau grammar nazi tengok post saya sebelum ni pun, banyak yang dia boleh betulkan. Hihi. Tapi itu bukan satu halangan untuk belajar oversea tapi kene gigih improve kan lah. Oki?;)
Apa pun semua ni dari Allah jugak. Rezeki semua datang dari Dia, tapi kita cubalah sebaik mungkin ye. Thank you so much for your kind words and I wish all the best for you too.
Oh ye jadi secara keseluruhan, Dip 3 tahun, Degree 4 tahun and Master 1 tahun. Dan umur saya 27 tahun pada tahun ini 😋
Assalamualaikum and cheers.

(function(d, s, id) {  var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];  if (d.getElementById(id)) return;  js = d.createElement(s); js.id = id;  js.src = “//connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3”;  fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));

Terima kasih yang add dan yang saya tak sempat balas mesej or approve satu persatu, saya minta maaf ye. Majoriti…
Posted by Nurul Nadia on Wednesday, February 3, 2016

Comments

comments