Kisah ini diceritakan oleh cik Along Fatin
Baru sehari kerja cleaner dekat hostel jepun rasa nk tulis status sebab rase terkesan sangat. Mungkin sebab sederet dengan part time tour guide. 6 hari kene jawab soalan-soalan dari orang Jepun bila nak mengurus pelancong Malasia. 

Antara sikap-sikap pelancong Malasia di Jepun

Hostel

1. Tgglkan barang2 dekat bilik utk ringankan beg.
-> Bilik pertama yg saya kemas – loker penuh dgn maggi, brahim, junk food dari Msia. Org jepun x fhm niat utk mngurangkan berat beg. Dan akhirnya semua makanan masuk tong sampah. Tp negara lain x buat pon mcm tu.
2. Alih2 peralatan/perkakas bilik air sesuka hati. Bilik air kotor
-> perkakas bilik air yg hilang spt bakul semua dijumpai di bilik org Msia. Floor bilik air yg ade grup org Malaysia je yg kotor. Siap ada unchi lg atas lantai bilik air.
3. Makan dlm bilik x patuh peraturan hostel
-> bilik org Msia paling busuk, sepah dgn plastik&kertas makanan, ada tumpah2.
4. Kurang ajar dgn cleaner.
-> bila cleaner tegur apa2, suka2 halau dgn dengusan dan bahasa Melayu. Cleaner2 jepun dgn innocentnya menyangka org Msia ni x fhm bi dan jepun, mngadu kat saya ssh nk berinteraksi. Tp bila sy intai dari jauh, bukannya ssh sgt bahasa yg cleaner tu guna. Dia tunjuk lambang lelaki kat pintu toilet, lepastu silang tgn tanda perempuan x leh masuk. Tp perempuan tu dgn kurang ajar nye jawab “ok” & masuk.

Airbnb

1. Sikap org Msia terhadap airbnb pon x kurang ceritanya. Buat kerosakan kemudian lari xnk bayar denda. Sedangkan tuan rmh airbnb kne tanggung kerugian besar utk denda kerosakan.
Ketika melancong sekitar Jepun
1. Buat2 x nmpak bila smpah jatuh
2. Sepahkan habuk makan dalam shopping mall
3. Buang smpah xnk asing ikut cara Jepun
4. Xnk bwk blek smpah, tgglkn smpah byk2 atas meja mkn.
5. X prepare plastik khas utk buang pampers.
Jemput study dulu cara nk behave kat Jepun. Macam mne pon saya kagum dgn pelancong2 lain dari Msia yg berusaha mjaga nama baik Msia. Ramai jugak sbnarnya yg berusaha. ^^

Comments

comments