Jika anda merasakan rumah berhantu atau patung dirasuk adalah rekaan semata-mata mungkin anda tidak pernah mengalaminya. Tahukah anda filem seram yang pernah kita tonton sebenarnya berdasarkan kisah benar? Berikut adalah 10 filem seram diinspirasikan dari kisah benar.

10. Child’s Play (1988)

Patung pembunuh yang dikenali sebagai Chucky adalah berdasarkan kisah benar sebuah patung bernama Robert the Doll. Patung tersebut dikatakan telah dirasuk oleh roh jahat. Patung Robert itu dikatakan boleh bercakap, berjalan dan berlari serta menyerang seorang pembantu dengan pisau.

9. The Exorcism of Emily Rose (2005)

Remaja 17 tahun Anneliese Michel dikatakan telah dirasuk oleh syaitan pada tahun 1968. Anneliese dilaporkan selalu menyalak seperti anjing dan juga memakan labah-labah dan burung. Beliau melakukan upacara menghalau syaitan tersebut namun umurnya tidak panjang dan mati selepas upacara itu. Salah satu babak dalam filem berkenaan dikatakan merupakan rakaman asal ketika upacara menghalau syaitan.

8. The Hills Have Eyes (1977/2006)

Filem ini berkisah sebuah keluarga yang telah diserang oleh ‘mutant’ ketika mengalami kerosakan di tengah padang pasir. Filem yang berdasarkan sebuah kisah dimana terdapat satu kaum kanibal di Scotland yang tinggal di sebuah gua yang telah memakan lebih 1,000 orang pada tahun 1700.

7. Amityville Horror (1979)

Pintu dihempas, hantu dan lalat yang banyak, kisah Amityville mengenai pasangan yang baru berkahwin iaitu George dan Kathy Lutz. Mereka mendapat tahu rumah yang mereka beli dengan murah iaitu “High Hopes” sebenarnya berhantu. Mereka berpindah kesitu 13 bulan selepas pemilik sebelumnya Robert DeFeo Jr membunuh 6 ahli keluarganya. Setelah 28 hari tinggal di rumah berkenaan, pasangan Lutz akhirnya berpindah kerana tidak tahan diganggu.

6. Open Water (2003)

Berdasarkah kisah benar pasangan Tom dan Eileen Lonergan yang terdampar di lautan berdekatan Great Barrier Reef. Bot yang mereka naiki semasa menyelam telah meninggalkan mereka tanpa sengaja. Mereka berdua tidak dapat dijumpai walaupun usaha besar-besaran mencari mereka dilancarkan.

5. The Conjuring (2013)

Berkisahkan sebuah rumah yang berhantu di Rhode Island pada tahun 1970an. Penyiasat paranormal terkenal Ed & Lorraine Warren mendakwa roh jahat muncul di rumah berkenaan pada setiap hari pada waktu 5.15 pagi. Banyak kejadian yang menakutkan terjadi kepada keluarga tersebut. Roh Batsheba Sherman yang dikatakan mengganggu keluarga Perron dikatakan sebagai seorang ahli sihir.

4. The Girl Next Door (2007)

Kisah ini berdasarkan kisah Gertrude Baniszewski yang telah mengikat Sylvia Wilkens di rumahnya pada tahun 1965. Gertrude kemudian memukul, membakar dan membiarkan Sylvia kelaparan sehinggalah Sylvia mati.

3. Dracula

Dracula sebenarnya berdasarkan kisah putera Romania bernama Vlad the Impaler. Vlad akan menyucuk mangsa dengan pancang sehingga organ penting mangsa berlubang. Ini menyebabkan mangsa beliau akan mengalami kematian yang perlahan dan menyeksakan.

2. Psycho (1960)

Karakter Norman Bates yang suka membunuh wanita ialah berdasarkan pembunuh siri di Amerika bernama Ed Gein. Pada tahun 1950an, Gein akan melawat tanah perkuburan dan akan menggali mayat yang menyerupai emaknya.

1. Silence of The Lambs (1991)

Watak Buffalo Bill dalam filem ini diambil dari kisah seorang pembunuh bersiri yang sakit jiwa, Ted Bundy. Seperti Bill, Bundy juga akan membuat dirinya seperti tercedera untuk menarik wanita sebelum menculik dan membunuh wanita berkenaan.

Comments

comments