SETELAH putus cinta siapa pun ingin jadi ‘lebih’ daripada bekas kekasihnya. Mereka tidak ingin kelihatan sengsara dan menyedihkan kerana berpisah dengan orang yang dulu mengisi hari-harinya.
Kelihatan sedih dan merana hanya akan memberi kesan yang bodoh. Untuk itu, semua orang ingin kelihatan kuat, bersahaja, dan baik-baik saja agar dapat memenangi perpisahan. Berikut strategi untuk memenangi perpisahan dengan bekas kekasih.

#1 Jangan menghubunginya

Perasaan rindu dan ingin tahu tentang khabar bekas kekasih itu normal. Tapi, jangan pula anda menelefon atau menghantar teks pesanan dalam bentuk apa pun. Tahan diri seketika dari perasaan ingin menghantar teks pesanan ringkas. Lakukan hal tersebut membuat anda kelihatan bodoh. Apa pun bentuk teks mesej yang dihantar akan merosakkan peluang untuk menang.

#2 Biarkan dia lihat anda bahagia

Suatu hari anda harus pergi ke pantai bersama teman-teman dan bersantai. Tiada alasan untuk mengabadikan gambar pada ketika itu. Kemudian muat naik foto ke media sosial agar si dia melihat betapa bahagianya anda ketika berpisah dengannya.

#3 Jangan mengejek-ngejek dia

Biarkan orang lain yang menilai siapa yang salah dan siapa benar. Jangan menyebar isu atau membicarakan keburukan pada orang lain. Anda boleh cerita hanya kepada sahabat paling dekat. Sebab, bila dia tahu anda menyebar khabar angin itu bermakna anda tak ingin menang.

#4 Tampil lebih cantik

Apabila ada waktu yang mempertemukan anda dengan bekas kekasih, ambil kesempatan ini untuk membuat dia menyesal. Perlihatkan penampilan diri agar lebih cantik. Ubah gaya rambut dan beli pakaian baru. Lakukan apa pun yang membuat dia bertanya-tanya mengapa anda lebih cantik selepas putus.
Sumber : Aliffchannel
Facebook Comments