Cuba letakkan Husnuzon itu lebih tinggi daripada syak dan sangka 😊.
Kenapa aku perlu “berperang” di media sosial sedangkan sekarang ini bulan yang mulia ? Tak aku cuma tulis status ini hanya untuk menjelaskan dan menerangkan kepada mereka-mereka yang salah faham atau termakan dengan status viral oleh saudari Bella Azemi mengenai kononya sekumpulan pelajar malaysia yang katanya berbuka puasa di kedai Gosami yang katanya kedai ini menghidangkan “hidangan babi” dengan gambar-gambarnya yang yang mampu menimbul fitnah kepada kami sendiri dgan penuh dgan bulatan merah di hidangan daging babi itu sendiri tanpa menunjukkan muka kami sendiri secara terang-terangan.
Ya sekumpulan itu aku serta kawan-kawan aku. Sejujurnya kami bukan berbuka puasa di sini tp di Surau Kecil di Ewha Woman university dengan berbekalkan roti dan air yang dibeli di kedai runcit berhampira. Hajatnya selepas solat maghrib kat situ pastu ingin mengisi makanan berat2 di kedai Gosami.
Ya disini aku sertakan gambar yang ditangkap oleh puan Bella itu sendiri tanpa meminta kebenaran kami sendiri dan menutup muka2 kami tp masih boleh dikesan dri belakang dan terus viralkan tanpa usul periksa. Yang menjadi terdetik hati ini menulis status ini kerana seumpama kami ini berbuka puasa dgan hidngan babi dan satu perkataan pon tak datang kepada kami untuk bertya, meminta pejelasan dan menasihati kami jikalau saudari Bella itu meragui perbuatan kami masa tu. Mungkin kita boleh berbincang. Sedangkan hidangan kami jauh dri daging ayam, lembu mahupun babi.
Gambar kedua aku sertakan gambar selfie kami sendiri dengan makanan-makanan yang telah kami order. Tp kalau perasan di side yang ditangkap oleh saudari Bella serta rakan-rakannya belum tiba disini. Almaklum la kalau dia tiba awai sikit mesti dia sempat menghalang kami dari makan hidangan disini kan πŸ’πŸ». *ewah-ewah mufti la katakan (orang kedah cakap dia ja taw semua org xtaw pa) Haha. 
Haritu main menu kami hanyalah Ikan bakar dan sotong masak merah sahaja. Boleh diperhati betul2 di gambar.
Disini aku sertakan statement yang aku rasa dah byk kali kami students oversea khusus di korea copy paste.
Untuk pencerahan kpd sume yg slh fhm terhadp pljr2 msia korea ni:
Ketika mendapat makanan yang zahirnya adalah halal, sebenarnya kita tidak digalakkan untuk bertanya mengenai detailnya. Contohnya makan ikan bakar di sebuah restoran di Korea. Kita tak payah tanya mengenai cara membakarnya, bakar sekali dengan khinzir ke, dan sebagainya. Sememangnya hukum ikan adalah halal, dan ikan dari segala bentuknya adalah halal. Keraguan mengenai cara memasak tidak menggugurkan hukum halalnya. Sampai ada fakta yang sohih, seperti melihat dengan kepala sendiri, atau diberitahu oleh manusia yang kita memang percayai kejujurannya. Sesungguhnya ikan adalah halal merupakan dalil yang sohih. Sedangkan keraguan cara memasak adalah zonni(sangka). Justeru sangka tidak boleh menggugurkan hukum halalnya. Adabnya, kita cukup bertanya ala kadar, apakah menu ini mengandungi daging yang haram atau tidak.
Kalau kita tak amalkan kaedah-kaedah ini, kita akan jatuh pada syak wasangka yang melampau, sehingga mengekang kehidupan seharian. Banyak benda akan menjadi keraguan kita. Contohnya untuk roti pizza. Sebahagian roti pizza menggunakan shirtening dan emulsifier. Kita pula tidak tahu restoran atau kedai itu memakai shortening dan emulsifier jenis apa. Belum lagi keju sebagai bahan toppingnya. Setiap produk keju, hampir semua memakai emulsifier yang tidak keita ketahui asal usulnya.
Contoh lain pula adalah spaghetti. Bahan spaghetti walaupun diperbuat dari ikan, untuk menghasilkan spaghetti yang baik, maka emulsifier atau margerin atau shortening perlu digunakan. Belum lagi dengan masak spaghetti tu sekali atau tidak dengan daging atau aisin.
Makanan lain, tenpura contohnya. Nak hasilkan tenpura yang elok, perlu memakai emulsifier. Sehingga produk-produk tepung tenpura itu pun mempunyai bahan dari emulsifier.
Kes yang sama jugauntuk odeng. Semua ini, kalau kita hendak tanya satu persatu, yang muncul hanyalah kesulitan, kesulitan dan seterusnya kesulitan.
Jadi kalau kita terllau fokus dan ragu-ragu terhadap sesuatu, dan berlebihan pula bertanya mengenai detail makanan, maka kita akan menghadapi banyak kesulitan. Apatah lagi kalau kita beritahu oranng lain, membuatkan orang lain pula jatuh dalam keraguan. Lain lah jika kita mempunyai bukti yang kukuh mengenai keharaman benda itu. Jika benar kita punya bukti kukuh, maka memberitahu orang lain adalah menjadi wajib.
Jadi sikap yang perlu kita pegang dalam hal ini adalah bersederhana untuk hal-hal detail dengan berdasarkan kaedahg-kaedah di atas. Dengan mengikut kaedah-kaedah yang telah digariskan, anda akan mendapat keluasan terutama ketika berinteraksi dengan muslim-muslim yang lain. Apatah lagi bila berinteraksi dengan orang yang tidak mempunyai ilmu agama langsung.
Tetapi adalah amat dilarang untuk memakai teknik yakin melulu. Biasanya orang akan kata begini,
β€œ Alah, yakin je”
Itu sama sekali tidak benar. Berhati-hati adalah yang diketengahkan, tanya tetap menjadi keperluan. Cuma terlalu berhati-hati yang tidak digalakkan. Janganlah kita masuk kedai bukan ISLAM, kita order ramen, kemudian nampak daging, lepas tu kita kata,
β€œ Ah, yakin je” Tanpa kita tanya itu daging apa.
Sebagaimana yang saya katakan, halal dan haram bukan perkara enteng yang boleh kita pandang dengan tutup sebelah mata sahaja.
*kita bila travel cuba sedaya mungkin tgok kebesaran Allah dan ambil ibrah perjalanan kita sebanyak mungkin. Bukan hanya postkan gambar nak tunjuk kita megah mampu berjalan keliling dunia tp pengisannya “kosong”.
Selamat beramal. Maaf salah silap. Jika tersalah boleh pm kita berbincang dengan cara lebih baik 😊.
-Hamba-
Facebook Comments