Saya tak pernah lulus Bahasa Inggeris dari darjah satu. Masuk sekolah menengah juga sentiasa gagal. Tingkatan 3, Cikgu Prakash Chander terpaksa ajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu. Kalau tidak, apapun kita tak faham. Semasa tingkatan 5, keputusan percubaan cuma dapat F9 (gagal lagi) dan hajat hati bercita-cita nak ambil medic terbang sampai Ireland. Syarat dalam JPA mesti C3 minima. Lupa nak bagitahu, saya belajar di English College JB tapi English saya barai.
Dalam 2 bulan, setiap hari saya tulis karangan dan baca 1 artikel pendek. Setiap hari minta cikgu check. Kalau tak dapat cikgu saya minta tolong Hamzah Abdul Hamid, Razif, Eric Chua dan rakan-rakan sekelas. Hasilnya, boleh dapat English SPM C3. Alhamdulillah.
Bila masuk English preparatory course, C3 sememangnya tidak memabntu apa-apa. Dalam kelas jadi tongong tak tahu apa yang diperkatakan. Vocab pun teruk. Tapi lulus juga paras hidung dengan “berkat” intai paper kawan lain.
Masuk ke university semuanya dalam bahasa Inggeris. Lagi-lagi masuk 2+2 program yang nanti kesudahannya kena terbang ke UK pulak. Semasa belajar memang terpaksa harung semua kelas, kuliah, exam, buku dan presentation semua dalam English. Alhamdulillah, semua pass dan cemerlang. Kenapa?
Ia hanya bahasa komunikasi. Yang penting orang faham jawapan kita betul.
Keluar universiti jadi pensyarah kena ajar pelajar dari negara luar semua guna bahasa Inggeris. Bertaburan juga Bahasa Inggeris saya tapi Alhamdulillah student faham dan boleh buat kerja. Yang pentingnya dia faham. Namun, mimpi dalam tidur saya masih lagi dalam Bahasa Melayu.
Bila jadi fotografer, saya gunakan blog. Saya bercita-cita nak jadi jurugambar antarabangsa maka kenalah tulis blog dalam bahasa Inggeris. Tunggang langgang juga Englishnya. Kena pekakkan telinga sahaja orang kutuk “English terabur, cakap melayu jer lahhh”. Saya tak hiraukan tapi saya berterima kasih kepada yang menegur dan membetulkan kesalahan saya. Isteri saya salah seorangnya. Saya belajar dari situ.
Memang ada hasil, akhirnya saya mengembara banyak negara untuk fotografi. Keliling dunia saya pergi dan hampir separuh adalah negara yang bukan berbahasa Inggeris. Saya jadi gembira dan terhibur kadang-kadang bila mendengar mereka berbual dengan saya dengan bahasa inggeris yang sangat menyayat hati (kononnya saya dah mahir sikit lah). Namun saya tidak ketawakan mereka seperti mana client saya di UK dan US yang tidak ketawakan saya dengan English saya yang kurang baik.
Di Malaysia saya diketawakan.
Bila pulang di Malaysia saya rasa saya dah hebat sangat. Upload banyak gambar dengan mat saleh, shooting gambar mat saleh, meeting dgn mat saleh tapi rakan saya Cina Triang yang tak faham habuk apa Bahasa Inggeris sudah nak bukan supermarket yang ke-3 di Mentakab dan dia tidak pandai berbahasa Inggeris.
Di hadapan supermarket dia buat iklan kerja kosong siap tulis mungkin requirement yang dipandang rasis tapi betul
“Boleh cakap Cina lagi senang dapat klija”
Ok lah.
Sekarang ramai siswazah menganggur katanya tak pandai Bahasa Inggeris. Pada saya ada betul dan ada tak betul. Yang betul ialah banyak peluang kerja bukan dalam company Melayu. Kalau company Cina dia nak yang mahir bahasa Cina. Bukan rasis tetapi kita lebih lancar dan selesa bekerja dengan team mate yang faham bahasa kita. Itu sahaja.
Yang tak betulnya, semua yang tak dapat kerja itu CUBA CIPTA PEKERJAAN dengan mula menjadi usahawan. Nanti satu hari awak boleh tulis iklan
“Calon yang berbahasa Melayu diutamakan”
Soalnya di sini, bahasa satu wadah penyampaian maklumat. Jika maklumat ada pada kita, orang akan cuba belajar bahasa kita supaya maklumat ada pada kita itu mereka boleh dapat. Mudah kata, kita perlu bangkit jadi generasi pencipta, berilmu dan gemilang. Bangkit dan jadikan kita bangsa terbaik, negara terbaik sehingga orang belajar bahasa kita untuk ambil dari kita ilmu yang terbaik.
Mahu sesuatu dari mereka? Ikut cara mereka, bahasa mereka.
Mahu sesuatu dari kita? Ikut cara kita, Bahasa kita.
Perasan tidak, Erdogan tidak guna Bahasa Inggeris. Vladimir Putin tidak guna Bahasa Inggeris walaupun dalam forum dan walaupun mereka boleh faham dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Facebook Comments