Ramadhan ke -2.
Housemate aku seorang isteri dan juga wanita bekerjaya.Dah kawin pun duk jarak jauh dengan laki, haish..Sebab bulan puasa, balik awal, so dapatlah dia dengan suami berbuka sama. Aku sampai rumah, tengok dia dah halfway main masak-masak nak siapkan juadah berbuka. Kebiasaanya, lepas makan malam, aku akan terus masuk bilik, Astro aku bayar mmg nak bg orang lain tengok pun, hehe. Tapi hari ni tak. Aku berpeluang tengok cerita Istanbul Aku Datang sampai habis. Yes!
Lepas si suami masuk bilik untuk solat, then isteri pulak pergi solat (bilik kecil so tak boleh nak berjemaah). Si suami duduk lah depan t.v. sementara menunggu.Suku cerita Istanbul, dia bangun masuk bilik, tengok isteri dia buat ape sebab tak keluar-keluar dari bilik.
Kemudian, si suami keluar bilik, pergi ruang tamu, ambil handphone, ambil segala barang dia dan masuk bilik. Aku dah cuak. Dorng marah aku ke? Dorng tak selesa ke aku ada tengok t.v sama-sama? Dorang nak tido ke atau menjalankan tanggungjawab? Eh awal lagi ni ?. Aku nak tanya, tapi takut. Aku abaikan segala persoalan dan terus bermaharajalela menonton t.v.
Tepat jam 10, aku tutup t.v, kemas dapur then melangkah ke kamar tidur. Sewaktu melintas di hadapan bilik housemate aku, terdengar bacaan ayat suci Al-Quran. Sebab tak percaya dengan deria pendengaran sendiri, 3 kali aku keluar masuk bilik sebab nak pastikan apa aku dengar. Yup, suara housemate aku mengaji sambil si suami membetulkan bacaan. Saat dan ketika itu, aku rasa nak nages! Nak suami macam ni satu, pleaseee!!
Suami dia muda lebih 10 tahun. Aku kenal mereka berdua dari bujang sampai sekarang. Dari asyik gaduh, nak putus tunang padahal seminggu lagi nak kawen, seminggu lepas kawen rasa menyesal, kalau boleh nak undurkan masa, dan harap tak pernah kenal satu sama lain.
Aku rasa ni antara usaha mereka untuk perbaiki perkahwinan mereka. Dulu tak solat, sekarang dah solat. Si suami ajar mengaji, semak bacaan. Walaupun lahir Islam, belum tentu lagi sempurna Islamnya. Dan pada mereka yang berkahwin dengan saudara/saudari Islam yang baru, korang lagi banyak cabaran tau.
Ok. Sekarang diorang laki bini tengah gaduh sebab compare lelaki handsome dan perempuan cantik. Lepastu gaduh sebab Beto Kusyairy layan Lisa sweet sgt. Okay good night!

Comments

comments