Post sy semalam ad beberapa orang yang inbox personal ucapkan tahniah pada saya sebab dapat tawaran untuk sambung belajar dan bekerja, malah ada yang berikan nasihat pada saya jugak. Tapi ada beberapa benda yang saya rasa patut kongsikan untuk anda semua dimana ada yang mengucapkan tahniah katanya sebab saya dilahirkan bijak dan pasti cemerlang dalam keputusan peperiksaan di bangku sekolah. Hurmm, sebenarnya tiap dari kita diberikan kebijaksanaan dri dlm perut ibu lagi tau, hihi 
Tapi saya bukan dianugerahkan kebijaksanaan sejak dari bangku sekolah lagi tau, perjalanan hidup saya ni boleh dikatakan seolah “mati hidup semula”. Diberikan peluang kedua dan dari situ saya bangkit untuk tebus balik kegagalan sebelum ni, haaa kan ada pepatah “gagal sekali bukan gagal untuk selamanya”. Memang tepat perumpamaan ini dengan titian hidup saya. Macam yang anda dapat lihat keputusan SPM saya seolah dunia ni dah nak kiamat masa sy pegang, dan pada masa tu ayah saya tak tanya pun dapat berapa A, berapa B dan lain-lain, seolah dia dh tahu keputusan sy sebab sy pn x beria nk cerita dgn ayah saya. Faktor utama sebeb terasa bebas bila tinggal di asrama dan tidak fokus dengan tujuan pengajian di SMTTn pada masa tu. Hoho,nasib sy ni jenis yang berfikir tapi tula dlm berfikir tu pn masih boleh tergelincir jgk kan. Tapi x pe pd masa tu sy mula tune balik hidup saya sebab banyak benda berlaku pd sy dan keluarga, semuanya jadi tulang belakang yang membawa saya ke satu dunia yang baru, ceewahhh. Hahaha 
Inilah keputusan SPM yang umpama hidup segan mati tak mahu
Semuanya berubah bila sy diberikan peluang untuk melanjutkan pengajian di politeknik pada tahun 2008-2010 bagi program sijil pada awalnya, tapi rezeki menyebelahi saya pd masa tu dpt convert pd diploma, hurmm satu fenomena yang manarik dari awal tau sbb sy layak utk program tu. Dikelilingi plak dengan kawan-kawan yang minat belajar, selalu buat group discussion untuk assignment, exam dan lain-lain. Keadaan masa tu memang seronok dan sy mmg dpt fokus pada pembelajaran jika nak dibandingkan sebelumnya. Tiap semester sy cuba dptkan keputusan yang sebaik mungkin sebab niat sy nak masuk Universiti sebab kawan-kawan lain dapat masuk Uni dan banggakan mak ayah dorang. Saya pn nak jugak walaupun masa mencemburui sy, apa pun sy fokus shj pada masa tu.
Habis diploma cuba mohon Uni lepas tu dapat masuk UTM sanjungan bangsa pada tahun 2011-2015 masa tu tak tahu la nak cakap apa punya perasaan sebab yela kita tak sepandai orang lain kak sebelum ni, tapi berkat usaha dan kesabaran sy dapat capai jugak. Nak je lompat tinggi-tinggi tapi almaklumlah x boleh kan, so senyum dan tanamkan azam untuk stage yang seterusnya plak. Masa degree sy masih kekalkan formula yang sama jugak, buat dan buat sampai jadi. Cabar diri untuk buat sesuatu yang baru sebab masa ni lah kita nak tambah ilmu dan kemahiran. Pengaruh dan persekitaran negatif ttp ada jugak walau dekat mana kita pergi sekalipun tau, yang penting jgn mudah terpengaruh dan pandai bawa diri kita. Semakin dekat diri ini dengan ilmu, makin waras akal dan akhlak yang harus dibentuk bagi meniti perjalanan yang mulia.
Bergambar dengan ibu bapa tersayang sempena majlis konvokesyen di UTM
Untuk sekarang saya rahsiakan dulu status pengajian sebab confuse ckit kan, hahaha. Jadi, mulakan langkah anda dalam penghijrahan ke arah hidup kita yang lebih baik, isnyallah akan ad kebaikan yang datang. Jangan kita menunggu atau mengharapkan orang lain untuk membawa perubahan kepada hidup kita melainkan kita memiliki harta yang melimpah ruah. Hanya diri kita sahaja mampu membawa kepada suatu kehidupan yang sempurna dari segi kesempurnaan agama, akademik, kerjaya serta kehidupan sesama manusia terutamanya bersama orang-orang yang kita sayangi.
Apa pun banyak benda saya nak kongsikan dengan ibu-ibu, bapa-bapa, adik-adik dan sesiapa sahaja yang nak tahu tips2 kejayaan ataupun tips dalam kita menuntut ilmu. Saya kongsikan skit dengan anda sebab rasa dah panjang lebar ni kan, perkara yang paling utama kita kena sedar kenapa pendidikan itu penting?? Kenapa ibubapa perlu tekankan pembelajaran dalam diri anak-anak?? Sebagai ibubapa kita perlu encourage anak-anak dengan sesuatu perkara yang dapat meningkatkan minat dan fokus anak dalam pembelajaran. Yang paling penting untuk zaman sekarang ni jangan biarkan hidup anak anda diselubungi gajet sebab ada banyak keburukan berbanding kebaikan, bukan soal trend atau apa tetapi ini soal siapa anak kita 5/10/15 tahun yang akan datang. Suburkan anak- anak dari kecil dengan ilmu yang betul dan jgn sesekali menghukum anak-anak sekiranya mereka gagal dlm sesuatu perkara.
Jika ada yang nak bertanyakan apa-apa soalan boleh inbox saya dan nanti sy akan reply asap, terima kasih atas sokongan dan soalan yang diberikan pada sy, sekiranya bermanfaat silakan share sebagai sumber motivasi buat semua 

Comments

comments