Harga rumah memang tak pernah turun dan kenaikannya semakin membimbangkan ramai generasi muda terutama yang baru tamat pengajian universiti, baru mula bekerja dan berkahwin. Persoalannya, berapa sebenarnya harga kos utk membina sebuah rumah?

Jawapan :

Ambil contoh rumah bungalow yang ditawarkan oleh Pemaju Perumah , Harga rumah bungalow antara RM266k ~ RM419k. Harga purata : (266 + 419) / 2 = RM342.5k. Maka Harga Rumah Bungalow yang sederhana dari segi keluasan dan rekabentuk adalah RM 342,000.00 sebuah. Tetapi kita andaikan lebih rendah iaitu = RM320.000.00 sebuah

Kadar Harga Kontraktor per kaki persegi antara RM105 ~ RM125. Ini adalah harga standard bagi sebuah banglo. Andaikan RM110 per ka persegi. Sekadar contoh ambo ambil keluasan 1650ft2 termasuk porch

Luas lantai = 1400 ft2, Maka Harga bagi luas lantai kawasan yang berdinding (build up area) adalah RM110 x 1400ft2 = RM154,000.00. Kawasan yang tidak berdinding spt porch, varendah dll.

Gross area 1650ft2 – build up area 1400ft2 = 250ft2

Bagi kawasan yang tidak berdinding harga standard sekitar RM65 ~ RM75per ft2. Andaikan RM70/ft2, Maka harganya adalah RM70 x 250ft2 = RM17,500.00. Kos pembinaan rumah tidak termasuk pagar = RM154,000.00 + RM17,500.00 = RM171,500.00

Kos pembinaan pagar batu-bata diikat setinggi 600mm dan disambungkan dgn. pagar berangkai (chain link) setinggi 900mm termasuk pre cast tiang pada setiap 3.0meter. = RM 22,000.00

KOS PEMBINAAN BUNGALOW RM 171,500.00

KOS PEMBINAAN PAGAR + RM 22,000.00

HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00

NILAI TANAH TAPAK RUMAH = RM 95,000.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM 288,500.00

HARGA YANG DITAWARKAN OLEH PEMAJU = RM 320,000.00

HARGA BUNGALOW TERSEBUT = RM 288,500.00

MAKA KEUNTUNGAN PEMAJU = RM 31,500.00

Kos bina sendiri

SEKARANG AMBO TUNJUKKAN BERAPA BANYAK DUIT YANG DAPAT ANDA JIMATKAN JIKA MENGURUS SENDIRI PEMBINAAN RUMAH ANDA/ANDA SEBAGAI KONTRAKTOR UNTUK KENALAN ANDA….

HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00

Jika nak mengurus sendiri pembinaan rumah anda kena cari dan direct deal dengan tukang rumah.

Kadar Harga semasa tukang rumah adalah sekitar RM18 ~ RM24 per ft2. Jika seperti bungalow kadar harganya adalah RM21 atau RM22/ft2. Ambo andaikan RM22/ft2

Maka harga upah tukang rumah bagi luas lantai yang berdinding adalah

RM22 x 1400ft2 = RM30,800.00

Bagi carporch, varendah dll. kadar upah adalah RM14/ft2

maka upahnya adalah RM14 x 250 = RM 3,500.00

Upah bina pagar RM 6,000.00

Oleh itu RM30,800.00

+RM 3,500.00

+RM 6,000.00

RM40,300.00

Lain-lain kerja/kos yang berkaitan:-

Upah kerja mengecat pukal RM2,500.00

Upah pasang jubin lantai dan dinding—per ft2 dan pukal RM3,500.00.00

Pintu Sliding (pemasangan + bahan) pukal RM1,700.00

Kerja letrik (kerja pendawaian + barang + deposit TNB) RM6,000.00

kerja paip (kerja pemasangan + barang + deposit JBA) pukal RM4,000.00

Sewa mesin pengorek tanah (backhoe) anggaran RM2,000.00

Mesin pembancuh konkrit RM400/bulan RM2,400.00

Kos luar jangka anggaran RM1,000.00

Kos pengurusan anggaran RM2,000.00

JUMLAH LAIN-LAIN KOS YANG BERKAITAN = RM25,100.00

Sekarang ambo tunjukkan berapa banyak duit yang dapat anda jimatkan jika mengurus sendiri pembinaan rumah anda….Harga kontraktor = RM 193,500.00. Jika nak mengurus sendiri pembinaan rumah anda kena cari dan direct deal dengan tukang rumah.

Kadar Harga semasa tukang rumah adalah sekitar RM18 ~ RM24 per sqft2. Jika seperti imej bungalow di atas kadar KOS UPAH TUKANG KESELURUHAN + BEKALAN LETRIK DAN AIR

RM40,300.00 + RM 25,100.00 = RM65,400.00

SECARA ASASNYA KOS PEMBINAAN RUMAH DIPECAHKAN KEPADA 3 PERKARA IAITU:-

BAHAN BINAAN———————–1/3

UPAH TUKANG/PEKERJA——–1/3

KEUNTUNGAN KONTRAKTOR—1/3

KIRAAN HARGA KONTRAKTOR ADALAH RM 193,500.00

TOLAK UPAH TUKANG / PEKERJA RM 65,400.00

= RM 128,100.00

ANGGARAN KOS BAHAN BINAAN DAN KEUNTUNGAN KONTRAKTOR

RM 128,100.00 / 2 = RM64,050.00

MAKA RINGKASAN ANGGARAN KOS BAGI PEMBINAAN RUMAH BUNGALOW

KOS BAHAN BINAAN =RM64,050.00

KOS UPAH TUKANG/PEKRJA =RM65,400.00

KEUNTUNGAN KONTRAKTOR =RM64,050.00

RM 193,500.00

Daripada Analisa Kos Pembinaan Rumah Bungalow di atas didapati keuntungan yang diperolehi oleh kontraktor yang anda lantik adalah RM64,050.00. Jadi kenapa anda tidak berminat untuk membina rumah sendiri ataupun menjadi kontraktor binaan untuk mengurus dan membina rumah orang lain..

*Terima kasih kepada Putera Farid kerana sudi berkongsi info berguna ini.

Comments

comments