Difahamkan, Saraswati yang merupakan seorang jurusolek dari Malaysia meraih perhatian dunia apabila kreativiti beliau menggunakan hijab untuk mengubah dirinya menjadi watak-watak kartun Disney dan Superhero berjaya menarik tumpuan dunia.
Menerusi akaun Instagramnya @queenofluna, telah berkongsi ‘kehebatannya itu’ sehinggakan beliau berjaya menarik 162 ribu pengikut dengan perkongsian lebih daripada 300 gambar.
Paling membanggakan hasil kreativitinya itu mendapat perhatian portal antarabangsa seperti Dailymail UK, Metro News Canada dan banyak lagi. Rata-rata komen yang diberikan netizen seluruh dunia adalah positif, malah menurut majoriti netizen mereka kagum dengan kreativiti Saraswati.
Jom tengok antara hasil beliau:

Watak Ariel

Watak Queen of Hearts dari Alice in Wonderland

Watak Jafar, Aladdin

Watak Cruella De Vil dari 101 Damaltians

Watak Si Cantik Manis Mulan

Facebook Comments