Bagi perokok, berita tentang kenaikan harga rokok adalah lebih teruk berbanding dengan berita kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. Masakan tidak, rokok yang suatu ketika dahulu hanya boleh didapati pada harga sekitar RM2.70 sekotak kini telah melambung naik hingga ke RM17.00 sekotak.
Meskipun demikian, kenaikan harga rokok bukanlah merupakan langkah yang hanya dilakukan oleh kerajaan Malaysia, malah di negara luar, harga rokok telah pun direkodkan mencecah harga puluhan ringgit sekotak. Gilakan?
Berdasarkan kepada kaji selidik yang dijalankan oleh Deutsche Bank pada tahun 2015, berikut merupakan 10 negara yang mencatatkan harga rokok yang paling tinggi di dunia.

1. Australia

Harga sebungkus rokok di negara kanggaru ini dijual pada sekitar 25 AUS$ atau RM77 dan ini merupakan harga rokok yang termahal di dunia.

2. Canada

Harga rokok di Canada juga tidak jauh berbeza dengan harga rokok yang dijual di Australia. Di negara ini sebungkus rokok dijual dengan harga sekitar CA$16-20 atau sebesar RM50 – RM63.

3. Britain

Harga rokok di British juga hampir sama dengan harga rokok di kedua-dua negara di atas, iaitu sekitar 10GBP atau bersamaan dengan RM54.

4. New Zealand

Kerajaan New Zealand bercadang untuk mengharamkan penjualan rokok di negara itu berkuatkuasa pada tahun 2025 nanti dan sehingga kini, harga rokok yang dijual di negara itu dilaporkan sentiasa mengalami kenaikan tahunan dengan harga jualan terkini yang dijual Selandia baru berencana untuk menghilangkan peredaran rokok pada tahun 2025 kelak, sehingga negara ini terus menaikkan harga rokok dari tahun ke tahun. Harga sebungkus rokok di negara ini saat ini mencapai RM67.

5. Norway

Norway merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan larangan keras terhadap aktiviti merokok. Harga sebungkus rokok yang dijual di negara ini adalah Norwegia yaitu sekitar 75NOK atau bersamaan dengan RM37.

6. Ireland

Seperti dengan negara jirannya, British, hargaRokok yang dijual di negara ini dicatatkan pada sekitar RM28 sebungkus.

7. Scotland

Seperti Ireland dan British, harga rokok yang dijual di pasaran di dalam negara ini dijual pada harga yang mahal sekali iaitu pada sekitar RM28 sebungkus.

8. Sweden

Harga rokok di Sweden juga dilaporkan dijual pada harga yang cukup mahal iaitu sekitar 80SEK atau sekitar RM38.

9. Iceland

Bagi mengurangkan kadar perokok di kalangan penduduk di negara mereka, pihak kerajaan telah melarang penjualan bahan tembakau secara terbuka di mana-mana pasaraya di dalam negara ini dan disebabkan oleh tekanan yang diberikan oleh pihak kerajaan ini, harga rokok yang dijual di negara ini mencatatkan pada harga RM29 sebungkus.

10. Amerika Syarikat

Di negara Uncle Sam ini, terutama di sekitar bandar New York dan Los Angeles, harga rokok mencapai harga RM45 sebungkus.

Comments

comments