DICINTAI oleh seseorang yang mahu menerima dirimu setulus hatinya? Rasanya tiada yang lebih membahagiakan. Hanya kadang-kadang kita dilanda rasa ragu. “Betul ke dia mencintai aku?” atau “Jangan-jangan dia mencintai aku atas sebab-sebab tertentu?”.

Berikut ini 9 petanda si dia suka anda setulus hatinya. Apakah itu?

1 Si dia menghargai pandang anda

Ketika anda memberitahu pandang anda akan sesuatu, si dia tidak terus marah atau merasa tersinggung. Malah si dia menghargai cara fikiran anda dan merasa tertarik dengan perspektif unik anda.

2 Caranya menatap mata anda berbeza

Ada rasa bahagia dan tenang ketika si dia menatap mata anda. Walaupun susah dijelaskan dengan kata-kata, anda boleh rasakan ketulusan hatinya ketika si dia menatap mata anda.

3 Dia tertarik dengan minat dan hobi anda

Ketika si dia sudah serius ingin masuk dalam hidup anda dan menerima diri anda seadanya, si dia akan menunjukkan minat pada minat dan hobi anda.

4 Dia memberi anda rasa percaya

Si dia tak mengekang anda. Ketika anda harus pergi dengan kawan misalnya, si dia langsung memberi izin ketika anda memberitahunya. Si dia juga tak terus curiga pada diri anda.

5 Anda selalu mendapat motivasi darinya

Anda mempunyai sebuah impian besar. Dan si dia ada untuk selalu memberi semangat dan motivasi. Semasa anda mengalami kegagalan, si dia akan membuat rasa lebih baik.

6 Kekurangan anda tidak dijadikan bahan ejekan

Pastinya setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Jika si dia mencintai anda seadanya, si dia tidak menjadikan kekurangan anda sebagai bahan ejekan. Malah si dia akan membantu anda untuk mengatasi kekurangan itu dan menjadi lebih baik lagi.

7 Apabila anda sedang dilanda masalah, si dia selalu menjadi pelindung

Ketika anda sedih, berduka, atau dilanda masalah, si dia tak pernah lari atau menjauhi anda. Malah si dia akan jadi pelindung anda. Ketika anda jatuh sakit, dia dengan penuh tulus mahu menjaga dan merawat anda.

8 Si dia selalu meluangkan waktunya untuk anda

Sesibuk bagaimanapun. Sebanyak mana aktiviti yang si dia lakukan. Si dia malah selalu meluangkan waktunya untuk anda. Walau sekadar berbual di telefon atau pesanan teks, komunikasi sentiasa berjalan lancar.

9 Si dia melibatkan anda dalam rancangan masa depannya

Anda dilibatkan dalam rancangan-rancangan besar masa hadapannya. Kewujudan anda sangatlah penting dalam hidupnya. Dengan terang-terangan, si dia mendedahkan akan menghabiskan sisa hidupnya bersama anda.

Comments

comments