Ramai yang idamkan punyai kulit yang putih bak sajli untuk menawan hati suami dan buah hati kan. Sebenarnya ada cara yang sangat mudah untuk dapatkan kulit puti gebu gebas ini , tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar. Ini saya kongsikan cara putihkan kulit dengan semulajadi dan bahan yang sangat mudah di dapati. Lepas ini ramai yang cemburui anda tau .

Bahan-bahannya:

  • 1 mangkuk beras pulut susu
  • 1 sudu teh madu
  • Sedikit perahan lemon/limau nipis

Cara membuatnya:

  • Goreng beras pulut susu atau beras pulut biasa tanpa minyak sehingga kekuningan.
  • Kisar kering sehingga halus.
  • Ambil bahan kisar dalam dua ke tiga sudu. Campurkan dengan madu dan air perahan limau nipis atau lemon.
  • Gaul sebati dan sapukan pada seluruh wajah serta leher. Biarkan selama 15-20 minit.
  • Kemudian bilas dengan air suam. Kulit akan menjadi bersih, lembut, cerah dan gebu dalam masa dua hingga ke tiga minggu.
Facebook Comments