Tahun 2008, bermulalah episod aku jadi isteri orang. Suami aku masa tu askar. Pack semua barang,akhirnya aku tinggal sebumbung dengan suami aku.Sayu hatiku tengok rumah kem macam zaman perang Jepun.
Malam pertama kami hanya makan nasi bungkus. Elektrik,perabot,peralatan dapur semua belum ada.Isteri orang sebelah gaduh dengan suaminya gara-gara kami pinjam elektrik.
Suami aku pula mula sibuk. Langsung tak balik rumah. Kalau balikpun asyik merungut makanan yang aku masak tak sedap.Katanya masakan aku untuk makanan babi.
Aku beli minyak masak sebotol besar,dia tengking. Hampir tiap minggu keluarganya berkunjung. Pernahlah kerana bilik dan ruang tamu penuh dengan keluarganya,suami aku mabuk-mabuk lagi, kami suami isteri tidur beralas kain, berbantal lengan.
Ibu mentua pula mengadu dengan ibuku kalau aku memberontak.Kasihan ibuku.Gaji suamiku kecil selepas kami menyewa rumah.Tiap-tiap minggu ajak aku balik kampung.
Balik rumah sendiri nanti terpaksa makan maggi dan aku goreng nasi hari-hari sehingga gaji akan datang.Sebelum ada anak,suamiku tak bagi duit belanja.
Kalau aku nak makan kuih, terpaksa guna duit syiling lebihan dari wang suamiku. Ingat bagus jadi suri rumah? Bagi wanita di luar sana selagi ada kesempatan,berusahalah membina kerjaya sendiri sebelum berkahwin.

Comments

comments