Siapa kata menjadi single atau bujang anda tidak boleh bahagia? Mungkin seseorang itu lebih bahagia kerana tiada tuntutan yang memberatkan.
Jadi, apalagi perkara yang menyeronokkan yang boleh dinikmati ketika single? Berikut ulasannya.

Lebih banyak masa untuk sendiri

Salah satu perkara yang terbaik apabila anda single adalah anda mempunyai banyak masa untuk diri sendiri. Ya, siapa tidak suka dengan waktu yang berkualiti untuk memanjakan diri sendiri? Ke salon, solo traveling atau hanya bersantai di rumah tanpa gangguan dari orang lain.

Atur agenda sesuka hati

Seseorang yang mempunyai hubungan harus selalu sepadan dengan jadual dengan pasangannya untuk bersama. Jika mempunyai masa lapang juga harus bersamanya. Untuk yang single, ini bukan masalah. Anda boleh sesuka hati menghubungi rakan untuk pergi keluar ke mana pun.

Persahabatan kuat

Seseorang yang mempunyai hubungan asmara dengan orang lain, pasti mempunyai hubungan persahabatan dengan rakan lama yang semakin pudar. Anda layak mempunyai hubungan persahabatan yang kuat. Demikian dimuat di Lovepanky.

Comments

comments