SEORANG lelaki tempatan bernama Muhammad Hakim Azhar tiba-tiba menjadi popular dan perbualan hangat masyarakat Malaysia.
Semuanya selepas, kisahnya berjaya menambat hati sekali gus bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon Thailand, Aisyah Nok Suthida menjadi viral di media sosial.
Muhammad Hakim, 25, dan Aisyah, 39, dilaporkan selamat diijabkabulkan pada 9 Julai lalu.
Majlis pasangan ini turut mendapat liputan meluas media Thailand dan dihadiri oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Comments

comments