Artikel adalah hasil perkongsian IIUMC
Assalamualaikum,
Thanks admin sebab approve confessions ni..perkongsian ini bukan untuk nak mengaibkan sape2 tapi just untuk perkongsian sahaja. Kisah ini berlaku setahun yang lepas..
Aku pernah berkahwin dengan seorang lelaki atas aturan keluarga. Seriously aku langsung tak kenal lelaki tu. Kami ditemukan dan lepas tu lelaki itu cakap dia bersetuju untuk berkahwin. Kami bertunang lebih kurang 5 bulan. Aku terima lelaki tu disebabkan keluarga. Selama tempoh bertunang pun kami jarang berhubung dan hanya akan berhubung untuk tujuan yang penting sahaja. Aku hanya mampu bersangka baik je lah mungkin dia mahu jaga ikhtilat kot.
Kami pun disatukan.. sabtu kenduri sebelah perempuan, dan ahad sebelah pihak lelaki. Masa dekat rumah dia hari kenduri tu, dia biarkan aku sorang dan dia dengan kawan2 dia. Nasib baik la ada anak buah dia untuk aku berbual. Malam tu pun dia berbual dengan family dia sampai tengah malam baru masuk bilik. Aku masa tu memang masuk bilik awal la penat. terJaga pagi tu aku tengok dia tidur dihujung katil dan tido membelakangkan aku. Pelik dah aku masa tu. Masa dekat rumah dia pun, boleh dia tinggalkan aku sorang2 dan dia hilang entah kemana langsung tak bagitahu. Nasib la family dia ok. So tak de la rasa lain macam sangat.
5 hari lepas majlis kami dia cakap dia kena balik ke ibu kota sebab dia ada kerja yang kena diuruskan. Dia tak bagi aku ikut dia sebab dia cakap nanti dia akan balik lambat sebab dia baru tukar tempat kerja, nanti risau pulak aku sorang2 dekat rumah..aku dan family ok la dah dia cakap macam tu maksudnya dia bimbangkan keselamatan aku. Lepas kawin pun kami jarang berhubung, penah satu hari aku nak keluar,dan call lah dia untuk mintak izin, banyak kali aku call, tapi dia langsung tak angkat. Buka whatapps tengok2 masa tu dia tengah on9. Hangin jgk la aku. Last skali aku whatapps je mintak izin dan dia balas ok.
Sebulan lebih jgk la lepas kenduri dia baru balik, dan dia balik untuk ambik aku tinggal dengan dia. Sebelum dia balik ambik aku tu dia ada la mintak maaf sebab lama tinggalkan aku, dia harap dapat memulakan hidup baru dengan aku, aku pun seronok jgn cakap la mungkin dia dah sedar kesilapan dan tanggungjawab dia sebagai seorang suami.
Dia pun datang ambik, dan bawak aku ke rumah sewa dia. Bermula lah kisah sedih dalam hidup aku. Sampai rumah dia, dia tunjukkan bilik aku. Aku ingtkan kami akan kongsi satu bilik tetapi sebaliknya. Dia tidor di luar dekat ruang tamu. Bab makan dia cakap masak untuk aku je,untuk dia tak perlu sebab dia akan makan dekat kilang, manakala bab pakaian pula,dia langsung tak bagi aku uruskan, dia cakap dia buat sendiri yang tu sebab dia takut nanti pakaian dia rosak. Kenapa dia ingat aku nak koyak2kan baju dia ke apa. Aku cuba jugak duduk dekat2 dengan dia, tapi apa respon yang aku dapat?? Dia lari daripada aku. Makin aku dekat, makin dia menjauh. Kalau hujung minggu pun dia bangun tido lambat,pastu keluar jumpa kawan2 dia. Tinggal la aku berhaha sorang2 dekat rumah. Kalau dia nak ajak aku keluar pun dia akan mesej, bukannya nak cakap depan2 ,padahal satu rumah masa tu. Kalau dalam kereta, kalau aku tak mulakan perbualan, tak denye dia nak cakap, cakap pun nak tak nak je. Sabar lagi masa tu..
Tak lama lepas itu, dia mendapat tawaran kerja yang lagi baik di sebuah syarikat yang terkemuka di pantai timur. Dia suruh aku kemaskan barang2 aku, aku pun kemas la,tapi tak habis la sebab dia cakap nak pergi hantar barang dulu dekat rumah baru tu, pastu dia suruh aku kemaskan semua barang2 aku sebab aku akan tinggal dekat sana nanti. Dalam hati tak kan la nak tinggalkan aku sorang?? Sebab setahu aku dia masih ada seminggu lagi baki dekat kilang lama. Hujung minggu tu pergi la aku bersama2 barang ke rumah baru tu. Dekat rumah baru tu pun keadaan kami sama macam dirumah lama. Dia bilik lain,aku bilik lain. Aku ada cakap nak ikut dia balik ke ibu kota, macam2 la aku cipta alasan,takut tinggal sorang2 la macam2 lagi la. Yela masa tu mana kenal sesiapa pun dekat sana. Tapi dia tetap jugak berkeras suruh aku tinggal di sana. Tinggal lah aku sorang2 dekat sana,lepastu aku terpaksa cerita dekat cousin aku pasal dia tinggal aku dekat sana. Kata cousin aku tu dah tahap teruk dah sebab membabitkan keselamatan aku, dia cakap aku perlu bagitahu keluaga aku pasal itu, tapi aku tiada kekuatan untuk menceritakannya. Dan akhirnya cousin aku yang ceritakan dekat keluarga aku selepas mendapat keizinan dari aku. Ikutkan keluarga aku, hari tu jugak diaorang nak datang ambil aku, tapi diaorang takut nanti suami aku boleh ambik tindakan undang2 sebab larikan aku tanpa izin dia. Lepastu aku minta izin dekat dia untuk pulang ke kampong, dan dia izinkan. Aku ceritakan semuanya apa yang telah berlaku dan semuanya terkejut dan tak sangka aku kuat menanggung semuanya seorang diri..Padahal aku tak sekuat mana pun..hanya air mata yang menjadi teman setia aku setiap hari.. Aku pergi ceritakan dekat keluarga mertua aku dan of course la family dia menangkan anak dia kan.
Sepanjang aku dekat kampong dia langsung tak contact, Tanya khabar berita sampai la aku mesej dia Tanya kita ni mcammana Dan dia cakap jgn risau antara kita dah tak ada pertalian suami isteri. Allahu…masa tu hanya Allah je yang tahu apa perasaan aku. Masa nak, datang secara elok, bila dah tak nak dia buat aku macam tak de harga diri. Aku bawak mesej dia ke pejabat agama dan ustaz disana cakap kalau ikutkkan mesej dia tu dah jatuh talak dah dekat aku, Cuma tak tahu sama ada dia berniat nak lepaskan aku ke tidak masa tu. Mahkamah tetapkan tarikh perbicaraan untuk pengesahan lafaz cerai untuk mengesahkannya. Family dia jangan cakap la..batang hidung pun tak Nampak, kot la datang nak berbincang ke apa.
Sampai la tarikh perbicaraan yang ditetapkan, aku datang dengan family aku dan sedara2 yang lain. Dia datang seorang diri ja. Entah2 mak ayah dia pun tak tahu yang kami nak cerai masa tu. Bila hakim Tanya mengenai pengesahan lafaz itu,dia cakap dia memang berniat pada masa tu dan dia nak lakukannya secara formal di depan hakim. Masa dia lafazkan lafaz cerai tu, aku langsung tak rasa apa2. Tenang je masa tu. Aku tak boleh nak tuntut apa2 dekat dia sebab dia tak pernah sentuh aku. Masa jadi isteri dia pun nafkah zahir dia langsung tak pernah dia bagi, padahal dia mampu dengan gajinya sebulan 8k tetapi dekat aku langsung dia tak bagi. Nafkah batin jangan cakap la kalau dah tido asing2 kan. Aku kawin dengan dia hampir 4bulan, tinggal serumah dengan dia 3 minggu,lepas tu kami berpisah.
Oh ya..masa aku berkahwin, aku baru habis belajar, so tak kerja lagi..betullah setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Tak lama lepas aku berpisah, aku mendapat tawaran bekerja nun jauh di borneo. Mungkin ALLAH tahu apa yang terbaik untuk aku sebab itu aku letak aku jauh daripada orang yang mengenali diri aku. Dan Alhamdulillah aku bahagia dengan kehidupan sekarang dan semua menerima kehadiran aku. Seriously aku agak berhati2 untuk menerima cinta daripada lelaki. Mungkin trauma masih ada dalam diri aku. Macam novel kan?tapi kalau novel ending bahagia, tapi aku sebaliknya.. Tapi inilah reality yang terpaksa aku hadapi. Doakan aku kuat dan semoga ALLAH hadirkan seseorang yang boleh menerima kekurangan diri ini. Bukan mudah untuk memegang status “MISS J” diusia yang muda.
– rahsiakan identiti

Comments

comments