Adik aku pandai, pandai jenis yang boleh hafal buku sekali page, yang tak gabra lansung Kalau dia tak capai target. Tak kejar gred lansung, rileks sangat. Pemalas ya rabbi, aku heran macam mana dia ni boleh score. Bila masuk u, Kami masuk sekali, Kira Aku lambat sikit la. Baru aku perasan cara adik aku ni.
Mindset dia. Dia tak paksa diri belajar. Macam aku cakap, dia tak kejar gred, dia pernah hampir2 fail, tapi dia boleh senyum cakap sorry, dia tak sempat study. Tak sempat kepala hotak, malam sebelum exam pukul 10 dah tidur tak sempat apanya. Bila aku tanya dia cakap dia tak mampu study last minute. Dia taknak dia ingat untuk masa yang pendek. Lepas exam lupa habis. In the end, apa yang dia dapat? Kalau setiap sem ajar diri study last minute, nnt grad setakat sijil, tak tau belajar apa, lupa habis. Dia start study dr awal, nak exam buat revision ja. Kalau tak sempat, tak sempat la. Tak payah tension. Ha punya rileks adik aku ni. Kental hati dia, satu bilik study esok nak exam, dia boleh lena.
First sem dia tak banyak study. Dia lebih banyak tanya senior, lecturer sana sini, macam mana nak score, cara dekat u macam mana. Banyak la soalan dia. Dia study environment dia dulu. Sangat membantu sebenarnya.
Setiap hari dia akan belajar. 15 minit pun jadi, kadang2 lansung tak sentuh buku. Dia hafal sambil menyanyi, sambil berlakon kononnya dia lecturer, sambil menyibuk Kat bilik sebelah discuss balik apa yang dia belajar td. Kira dia banyak study in group. Tak pernah la lebih sejam masa study dia, sebab tu kot aku tak nampak dia study. Dah tak pegang buku.
Jaga hati. Adik aku tak bercinta, tak tengok drama cinta, kadang-kadang ja tengok Kalau nak melepak dengan aku. Dia cakap drama cinta melayu dekat dengan culture Kita, it can be me or you, sebab tu dia malas nak tengok, takut terikut2. Kalau keluar tengok org date pegang sana sini, mata dia Kat bawah. Selalu istigfar, mulut selalu sebut Allah, selalu beringat. Dia ni lawa, berjalan mana mesti ada orang pandang. Banyak jugak orang mengorat tapi cara dia simple sangat. Nak kenal terus kahwin boleh, setakat nak kawan buang masa tak payah.
Jaga makan. Adik aku tak makan fast food, segala junk food semua. maggi setahun sekali kot kalau malas sangat nak beli makanan. Tak makan organ dalaman macam limpa, hati. Tak makan asam, banyak la pantang dia. Kira makanan dia sihat belaka la. Senaman tak tinggal, habis malas dia buat squat dalam bilik.
Adab. Adab dengan guru, dia tak pernah lambat, prepare sebelum masuk kelas. Selalu salam , say thank you Kat lecturer. Tak ponteng kelas tanpa sebab, selalu excited masuk kelas. Mungkin sebab dia ni memang malas, dia akan make sure dia faham dalam kelas sebab dia taknak study benda yg sama dah bila balik blik.
Hubungan dengan Allah. Bab lain aku tak tau aku tak nampak, yang aku nampak, adik aku solat awal waktu, selalu buat dhuha. Kalau dia study susah nak faham, dia baca Quran sehelai, baru sambung balik study. Tak berkira pasal duit, hari tu kena marah dengan aku sebab dia derma RM50, padahal duit tu ja dia ada. Tapi seminggu tu ada ja rezeki dia, macam menyesal pulak aku marah dia.
Hubungan dengan manusia. Yang aku nampak dia jaga kawan-kawan dia. Jenis senang tolong kawan, rezeki dia sama dapat kawan semua baik2. Dengan orang tua dia beradab, kadang2 dia pun macam orang tua punya bersembang.
Dulu, aku nampak adik aku malas, degil semua ada. Pernah jugak aku iri hati, kenapa nampak senang dia belajar. Tak ada benda yang senang, kalau niat Kita betul, Inshallah Allah permudahkan semua. Satu ja aku doa, moga jodoh dia tak lambat sgt. Tengok gaya adik aku ni, macam tak ada perasaan lansung. Sebelum nak jealous orang pandai, check dlu apa yang diorang buat, Kita tak buat.
Sumber : IIUMC.com

Comments

comments