1. Apabila berjumpa

Masa anda jumpa isteri anda lepas kerja ke, lepas isteri anda balik daripada mana-mana ke, lepas anda baru balik rumah ke, pegang tangan isteri anda. Bukan yang stail pegang lama-lama. Genggam dengan lembut dua saat macam itu. Macam nak bagitahu isteri anda: ‘Sayang, I rinduuu..’ tanpa beritahu isteri anda secara terus. Okay…boleh imagine tak?

2. Apabila lintas jalan

Cara paling mudah untuk kelihatan macho dan memang macho adalah dengan memegang tangan isteri anda ketika hendak melintas jalan. Contoh sebenar seorang suami yang protective dan sweet. Jangan lintas jalan seorang diri dan tinggalkan isteri anda di belakang tau.

3. Apabila mahu lepaskan pegangan tangan

Sebelum lepaskan genggaman anda itu, jangan main tarik saja tau. Macam kasar pula. Anda genggam sedikit baru lepaskan. Atau anda pegang tangan isteri anda dengan dua tangan anda lepas tu baru lepaskan. Itu macam ‘silent signal’ nak bagitahu yang tangan anda dah berpeluh ke, anda nak lepaskan tangan ke. Macam itu lah.

4. Apabila keadaan sukar, dan isteri anda mencari ketenangan pada anda

Mungkin anda tidak tahu, anda sebenarnya ada super power yang boleh menyembuhkan kesedihan isteri anda. Cubalah. Peluk sedikit untuk ekstra super power. 

5. Apabila berada di tempat yang ramai orang

Masa ini kena pegang tangan. Nanti hilang. Rimas pula nanti nak kena call dan mesej untuk mencari isteri anda. Lebih-lebih lagi di tempat ramai orang, line telefon selalu tiada.

6. Apabila tiada sebab, pegang sahaja secara tiba-tiba

Contoh terbaik seperti ketika anda berdua sedang menonton wayang, atau waktu anda memandu, atau waktu anda berdua baru sedang berjalan ke arah kereta selepas berjogging. Bila-bila masa sahaja, secara tiba-tiba. Buat isteri anda terkejut sedikit. 

7. Apabila anda mahu tidur

Sebelum anda melelapkan mata itu, walaupun isteri anda ada di sebelah anda sahaja, genggam sedikit tangan isteri anda dan cakap selamat malam. Seronokkan, sudah tidak perlu mesej malam-malam untuk ucapkan good night? Boleh beritahu terus. 

8. Apabila isteri anda nampak sale

Waktu ini memang anda perlu pegang tangan isteri anda. Kalau boleh, pegang pursenya sekali agar tidak berbelanja lebih. 
Facebook Comments