Apa yang pernah anda lakukan untuk meredakan kemarahan ibu anda satu ketika dahulu?
Biasalah, budak-budak kebiasaannya nakal. Jadi banyak kali kena marah dengan ibu. Tapi setiap ibu tentu ada kelemahan masing-masing. Seperti contoh, buat saja muka comel, buat-buat menangis atau merajuk pun sudah boleh meredakan kemarahan ibu.
Samalah seperti dua beradik dalam video ini. Apabila ibunya mula bising kerana dapur terlalu bersepah, si abang cepat-cepat menyorok di bawah meja dan mula mencari idea untuk redakan kemarahan ibunya.
Nasib baik ketika itu ada ayam dan sos keju. Kerana tahu ibunya terlalu sukakan keju, dituangnya satu bekas sos keju di ayam itu untuk menyejukkan kembali ibunya.
Yang menjadi mangsa, adik kecil yang tidak bersalah terkebil-kebil melihat ayam bergerak sendiri.
Tonton gelagat comel dua beradik ini dan imbas kembali bagaimana nakalnya anda ketika kecil dahulu.
Facebook Comments