Selama ini sudah banyak gambar-gambar Piramid Giza di Mesir dapat kita lihat hasil seni fotographer professional serata dunia. Tetapi sekumpulan anak muda dari Russia bertindak berani memanjat sehingga ke puncak Piramid dan mengambil gambar dari situ.
Setelah bersembunyi daripada pihak keselamatan piramid di dalam sebuah kubur berhampiran Piramid Cheops selama lima jam sebelum kawasan tersebut ditutup, mereka kemudiannya memulakan pendakian setinggi 140 meter ke puncak piramid pada waktu malam.
Untuk pengetahuan anda semua, puncak piramid adalah kawasan larangan bagi sesiapa sahaja dan tindakan seperti memanjat piramid boleh dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun. Jadi kalau ada sesiapa yang terfikir mahu tiru jejak langkah mereka, kami nasihatkan jangan berani cuba. Penjara di Mesir juga tidaklah ‘semewah’ seperti apa yang ada di negara kita.

Comments

comments