Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai jenis spesis sotong yang hidup di lautan dalam. Sejenis sotong yang dikenali sebagai Mimic octopus dipercayai mempunyai satu kelebihan yang luar biasa. Kelebihan yang dimaksudkan di sini adalah ia mampu meniru bentuk hidupan yang berada di sekelilingnya terutama di dasar laut.
Mimic octopus ialah satu spesis sotong kurita yang mempunyai kelebihan luar biasa iaitu meniru dan berubah bentuk dan warna menjadi 15 spesis kehidupan laut lain. Ia mampu membesar sehingga 60cm dan warna asalnya ialah coklat berbelang putih. Ia boleh ditemui di perairan laut Sulawesi, Indonesia.

Comments

comments