Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, membuat panggilan yang jarang dilakukan.
Beliau menghubungi Presiden Palestin, Mahmud Abbas, dan mengucapkan terima kasih atas pertolongan Palestin membantu memadamkan kebakaran.
Sehingga awal pagi ini waktu Malaysia, api yang membakar Israel dan kawasan Tebing Barat, sepanjang lima hari ini, sudah dipadamkan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi 122 penduduk cedera kerana tersedak dan tersedut asap.
Sekurang-kurangnya 700 rumah rosak atau musnah manakala beribu hektar tanah turut terbakar.
Pesawat daripada beberapa negara yang menghulurkan bantuan dilihat terbang rendah kemudian menjatuhkan air di kawasan penempatan Tebing Barat dan Israel.
“Tiada lagi kawasan aktif terbakar,” kata jurucakap bomba, Yoram Levy memberitahu AFP.
Levy berkata, anggota terpaksa berdepan dengan 2,000 kawasan kebakaran di Israel dan Tebing Barat, 20 daripadanya paling teruk.
Menteri Pertahanannya, Avigdor Lieberman, pula berkata polis sudah menahan 23 orang disyaki terbabit dengan kebakaran itu.
Katanya, pihak berkuasa Palestin turut sama membantu memadam kebakaran.
Selain Palestin, Russia, Turki, Greece, Perancis, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Kanada turut membantu melawan kebakaran.
Sumber : HMetro

Comments

comments