Usikan malam pertama kepada kedua mempelai raja sehari sering dilakukan oleh saudara mara dan sahabat handai. Usikan-usikan itu adakalanya sangat melucukan.
Antara usikan yang boleh dianggap rare adalah menghadiahkan jam loceng yang di bungkus dalam sebuah kotak. Jam loceng berkenaan di set berbunyi sekitar jam 2 ke 3 pagi bertujuan agar pihak mempelai terkejut.
Usik-usikan ini sememangnya sebagai satu jenaka kepada pengantin. Tetapi ada di sebuah tempat, usikan atau gangguan kepada pengantin di malam pertama dijadikan sebagai satu tradisi. Di mana tu?
Charivari (juga dikenali sebagai Shivaree) mungkin adalah tradisi perkahwinan yang paling memalukan bagi pengantin baru.
Charivari mempunyai definisi “nyanyian atau teriakan sumbang yang disertai bunyi pukulan periuk, cerek dan perkakas lain yang akan mengeluarkan bunyi bising untuk mengganggu pengantin baru ketika malam pertama“.
Tradisi yang pelik ini menjadi popular di abad ke-19 dan tradisi ini berasal dari Perancis. Namun, tradisi ini bukan hanya ditemui di Perancis, ia juga tedapat di Amerika Syarikat dan Kanada.
Charivari di lakukan pada malam perkahwinan pasangan pengantin baru. Satu perjumpaan akan diadakan di kalangan rakan-rakan, ahli keluarga dan tetamu perkahwinan.
Mereka akan berkumpul di luar rumah pengantin baru dan kemudiannya membuat bunyi bising.
Mereka mengetuk periuk, cerek, drum, tin, tong dan sebagainya serta menyanyi dengan suara yang sumbang seperti lolongan anjing atau apa-apa cara sekalipun yang boleh digunakan untuk mengganggu pasangan pengantin baru.
Pelbagai cara akan digunakan ‘para pembuli’ malam pertama ini semata-mata untuk mengganggu pasangan pengantin baru tersebut.

Comments

comments