Artikel ini adalah hasil perkongsian The Patriots melalui laman Facebook
AIS KRIM HIPSTER BERASAP-ASAP ?
Nampak tak saintis wanita ini sedang menuangkan sesuatu ? Dia sedang menuangkan cecair nitrogen (LN2) ke dalam alat pengesan infra merah (IR detector).
Cecair nitrogen ini bertindak sebagai bahan penyejuk bagi memastikan alat pengesan berfungsi pada tahap optimum untuk mengesan spektrum dengan gelombang tertentu supaya data spektroskopik boleh diambil. Ini salah satu kegunaan LN2 yang sangat meluas digunakan dalam sistem kriogenik. Perasan tak dia memakai sarung tangan getah biru ? Tahu kenapa ? Sebab LN2 ini suhunya adalah 77 K (bersamaan -196 darjah celcius).
Dalam keadaan pepejal, suhunya mencapai bawah 63 K (-210 darjah celcius). Jika kulit anda tersentuh pada suhu serendah ini, sudah pastilah akan berlaku luka beku (frostbite atau cryogenic burn). Jadi bayangkan apa berlaku jika anda tertelan LN2 ini ? Nampak “hispter”, bukan makan ais krim LN2 yang berasap-asap itu. Hmm…kita tunggu sampai ada yang tertelan dan kita tengok “hipster” kah atau menderitakah.
Sila google GABY SCANLON untuk mengetahui apa terjadi pada beliau pada tahun 2012 setelah tertelan LN2 yang dimasukkan ke dalam minuman koktel beliau.
-Lia Ramli-

Comments

comments