Mesti ramai wanita terkejut dengan kenyataan artikel ini. Mata tu mesti tengah tengok beg tangan lepas dalam hati berkata, ‘Biar betul, tipu je ni’!
Tapi ianya memang benar! Kajian terbaru mendapati, dalam beg tangan wanita mengandungi lebih dari 10 ribu jenis bakteria.
Lebih mengejutkan, kajian yang dijalan di Jerman itu turut mendakwa beg tangan wanita sangat kotor dan boleh dikatakan lebih kotor daripada tandas! Biar betul?
Lebih 10 ribu jenis bakteria ada pada beg tangan wanita
Kajian yang dilakukan oleh University of Colorado Boulder mendapati, terdapat lebih 4,700 bakteria hidup pada tangan manusia. Itu baru tangan.
Wanita selalu menjadikan beg tangan sebagai ‘tong sampah’ mereka. Bekas makanan buang je dalam tu. Tisu lap tangan, buang hingus semua di buang je dalam beg tangan. Mana la tak kotor!
Dala pada itu, kajian yang dilakukan oleh Initial Washroom Hygiene mendapati, objek paling kotor dalam beg tangan wanita ialah botol krim.
Lagi satu perangai wanita ni, beg tangan selalu letak merata-rata. Dekat atas lantai, atas meja makan yang kotor.
Jadi, wanita-wanita di luar sana, janganlah harap muka je cantik, tapi pengotor. Dalam beg tangan banyak sampah!

Comments

comments