Aksi seorang pencuri mencuri satu baldi emas seberat 39 kilogram dari sebuah trak berperisai di Manhanttan terakam di CCTV.
Kejadian tersebut berlaku di tengah-tengah bandar Manhattan pada September di West 48th Street.
Menurut NBC New York, salah seorang pengawal keluar dari trak itu untuk mengambil barang dan seorang lagi pengawal pergi ke tempat duduk hadapan untuk mengambil telefon bimbitnya meninggalkan lohong masa selama 20 saat untuk pencuri itu ‘bekerja’.
Dia kemudian pergi mendapatkan baldi yang mengandungi emas bernilai $1.6 juta (RM 7 juta) itu dan bersusah payah melarikan diri biarpun baldi itu berat.

Comments

comments