Sebuah tandas awam lima bintang yang dibina di Congqing, China ini berharga lebih RM500,000 dan penduduk di kawasan tersebut sudah teruja untuk merasai rasa mewah berada di dalam tandas awam itu.
Shanghaiist melaporkan, bahagian dalam tandas itu dibina dengan marmar dan kayu. Manakala bahagian bilik dibina untuk menjadi satu tempat yang selesa.
Kemudahan berkeluasa 150 meter persegi itu turut mempunyai sistem pendingin berpusat yang bertujuan untuk memanaskan keseluruh kawasan itu pada 26 darjah celcius.
Lebih menarik, satu bilik khusus untuk membuang air kecil diletakkan di satu sudut dengan pemandangan yang indah.
Tandas lima bintang ini juga dilengkapi dengan lukisan-lukisan dan tumbuhan. Muzik latar juga turut dimainkan dengan sistem stereo berkualiti tinggi.
Tandas tersebut dilaporkan beroperasi selama 24 jam sehari.
Facebook Comments