‘Lelaki kacak’ ini telah menjadi salah satu topik yang paling panas di laman sosial Weibo setelah gambarnya menjadi viral. Yachen Xing merupakan seorang pelajar berusia 23 tahun dari Fujian Agriculture and Forestry University & School of the Arts dan telah menjadi selebriti internet kerana rupanya yang sangat kacak dan bergaya.
Jika tengok pada gambarnya ia mampu membuat ramai wanita di luar sana jatuh hati padanya. Tapi ramai yang tidak menyangka rupanya ‘lelaki kacak’ ini sebenarnya adalah seorang perempuan. Eh?! Takkan lah!
Ya, betul. Beliau adalah seorang perempuan yang berpakaian dan bergaya seperti lelaki maskulin. Ramai juga lelaki lain mengatakan walaupun dia seorang perempuan, dia sangat sempurna menjadi seorang lelaki dengan mempunyai pakej lengkap persis idol.
Rocketnews24 melaporkan bahawa Yachen telah memecah rekod dengan menjadi “Gadis paling kacak dalam sejarah” di laman-laman Internet Cina, dan mempunyai ramai peminat wanita di Weibo yang menggelarnya sebagai “Prince Charming”.
Jom usha gambar gambar beliau yang boleh buat ramai wanita di luar sana cair tengok. Korang nilailah sendiri dia ni betul ke seorang perempuan?
Jika di lihat pada gambar beliau, dia seperti seorang model lelaki yang profesional. Dia juga mempunyai bentuk badan dan paras rupa yang seperti ala-ala pelakon korea dengan ketinggian 173cm. Cair tak?
Selain itu, dia merupakan ahli pasukan bola keranjang wanita di sekolahnya. Haa, so memang sah la dia ni perempuan.
Okay, gambar ni ada sikit rupa dia nampak part perempuan tu. Korang rasa ye tak?

Comments

comments