Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe meluangkan masa melawat Presiden Rodrigo Duterte di kediamannya di Davao City hari ini, sebuah rumah 2 tingkat yang sederhana tetapi selesa.
Kunjungan Abe, pemimpin negara pertama melawat Filipina sejak Duterte mengambil alih jawatan presiden, dirakamkan pembantu Duterte yang memuat naik gambar di Facebook menunjukkan kedua-dua pemimpin menikmati sarapan pagi.

“Kami juga menunjukkan kepada beliau bagaimana presiden menikmati keselesaan katilnya termasuk kelambu nyamuk lama yang masih diminatinya,” kata Christopher Go dalam Facebook, seperti dipetik portal berita Filipina, Inquirer.net.
Sementara itu, Reuters melaporkan gaya kehidupan sederhana Duterte menjadikan bekas datuk bandar yang terkenal dengan bahasa kesat itu popular di kalangan pengundi Filipina pada pilihan raya Mei tahun lalu.

Jom tengok gambar-gambar rumah Presiden Filipina ini, ada sama taraf tak dengan mahligai ketua-ketua bahagian, atau cabang mana-mana parti politik di Malaysia?
Atau adakah setanding dengan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia? Tengok dan nilaikan sendiri.
Sumber Ataspagar

Comments

comments