Semalam hingar wall saya berkenaan skandal flight tiket W**** T*** S**** yg didakwa melesapkan ratusan ribu ringgit wang pelanggan. Skandal sebegini selalu jadi dari masa ke semasa, walaupun orangnya berbeza, hasilnya sama – tak dapat tiket, tak travel, sakit hati.

Masa saya cuti musim panas tahun pertama di Nizhny Novgorod Russia tahun 2005 dahulu, saya beli tiket pulang ke Malaysia dengan seorang agen di Moscow. Memang tiket murah berbanding syarikat lain. Dah transfer duit semua, tapi tiket masih tak dapat walaupun kami sendiri dah sampai ke Moscow (jarak 6-8 jam dengan keretapi) tunggu nak terbang saja!

Apa lagi, sampai Moscow kami jerit habislah kat agen tu! Yang uruskan itu pelajar senior melayu di Moscow. Terkandas di Moscow sampai 5 hari pula. Dahla masa tu saya punya pasport kena rompak, sampai embassy masuk campur pun tak dapat buat apa. Last-last saya beli sendiri saja tiket yg mahal untuk balik Malaysia.

Masa tu saya 19 tahun. Masih naive. Yelah, budak lagi kan. Sejak dari itu saya hanya beli tiket daripada airline sendiri, atau daripada syarikat travel untuk student yang dipercayai & yang boleh dapat tiket serta-merta ataupun cepat.

Saya tengok yang kena scam kalini ada yg dah 30 tahun, 40 tahun. Allahumma… kesian. Dah tua bangka beranak pinak pun masih tak dapat kenal scam atau tiada scam alert.

Yelah dengan keadaan ekonomi tidak menentu, kadang kita nak pilih yg paling murah. Namun murah tidak semestinya terbaik. Kadang beli kena pakai otak, lepastu baru finalize dengan wang. Saya akan bagi sedikit tips bagaimana untuk elakkan travel scam sebegini daripada terjadi lagi.

1. Beli direct daripada airlines atau syarikat travel yg berdaftar atau online travel agency (OTA) yg berdaftar dan reputable seperti kayak, expedia, skyscanner etc.

2. Kalau nak beli indirect sebab murah, tanya dia bagaimana dia dapat murah. Ada yg dapat murah sebab dia staff airlines, ada yg murah sebab pakai points, ada yg murah sebab dapat kuota murah.

3. Pastikan individu/syarikat yg anda beli daripada ada orang boleh bagi testimoni baik berkenaan servisnya, dan tiada penipuan, sesiapa terkandas atau apa-apa berkaitan.

4. Pastikan anda tahu channel untuk mengadu kalau rasa tertipu, jangan bergantung pada viral FB atau polis saja, duit tak dapat, travel tak dapat, tak puas hati sepanjang hayat. Kalau anda beli direct dengan airlines contohnya, anda boleh mengadu pada MAVCOM (tengok Rayani Air sampai bungkus jadinya). Beli daripada agensi travel berlesen, boleh lapor pada kementerian. Beli dengan agen, boleh mengadu pada airlines. Beli daripada individu/syarikat pelik, tiket pun tak dapat, nak mengadu kat siapa?

5. Tegaskan untuk dapat tiket cepat beserta booking number, serta-merta lebih baik. Paling lambat 3 hari bekerja (sepertimana agensi travel berdaftar buat).

6. Jangan terlampau nak murah segala-galanya sampai hilang kewarasan akal. Takde duit, takpe, kumpul dulu. Pergilah ke Indonesia atau Thailand dahulu, yang jauh lebih murah. Kali pertama nak travel terus nak pergi Jepun, Korea, Australia, Eropah, beli pulak tiket daripada orang pelik-pelik, memanglah berisiko tinggi!

Semua asas pengetahuan ini saya dah cover dalam buku Musafir Duniawi. All about common sense! Beli guna akal yah! Jangan otak kering sangat!

Dipersilakan share dengan rakan-rakan & keluarga anda supaya tiada siapa akan tertipu lagi.

perkongsian dari saudara Faiz Najmi

Comments

comments