Bagi anda yang gemar melancong dan melihat negara luar pasti pernah menanam impian untuk tinggal di hotel-hotel mewah yang ada di setiap negara kerana inginkan pengalaman yang berbeza. Apa salahnya sekiranya berkemampuan sesekali anda melancong dengan penuh gaya dan tinggal di hotel mewah yang ruang dalamannya seakan istana.

Kami kongsikan pada anda 8 hotel mewah terbaik di dunia yang telah dipilih oleh penulis-penulis pelancongan dan pakar pelancongan.

1. The Beekman, New York

Bangunan ini merupakan bangunan pencakar langit pertama di New York pada tahun 1881 dan telah menjalani pengubahsuaian selama tiga tahun ini telah dibuka untuk pengunjung pada September tahun ini. Ruang dalamannya sememangnya mewah jadi tidak hairan ia mendapat pujian daripada Tatler ketika anugerah tahunan mereka. Hotel ini juga lengkap dengan perabot-perabot mewah dan chef yang bertaraf dunia.

2. Mandarin Oriental, Bangkok

Bercirikan ruang dekorasi ala English serta layanan yang menakjubkan daripada pekerja-pekerja menjadikan hotel ini turut disenarai antara hotel mewah terbaik dunia. Bagi pengunjung yang tinggal di sini pasti tenang melihat air sungai Chao Phraya yang sedang mengalir berhampiran hotel ini.

3. Matetsi River Lodge, Zimbabwe

Terletak berhampiran dengan Sungai Zambesi dan juga berhampiran dengan Air Terjun Victoria menjadikan Lodge ini antara yang terbaik di dunia. Pengunjung yang tinggal di sini berpeluang menikmati kemudahan spa, kolam renang dan pusat kecergasan yang akan melengkapkan percutian anda.

4. Soho House, Barcelona

Mempunyai 57 bilik tidur dan pelbagai kemudahan, Soho House Barcelona menjanjikan pengalaman yang menarik untuk pengunjung yang tinggal di sini.

5. Soneva Jani, Maldives

Maldives sememangnya lokasi yang terkenal dengan keindahan dan kejernihan air lautnya dan pasirnya yang memutih. Resort ini akan melengkapkan percutian anda sepanjang di sana dengan kemudahan yang serba mewah.

6. The Alpina Gstaad, Switzerland

Mempunyai pemandangan yang cukup indah dan ketenangan akan membuatkan pengunjung yang tinggal di Hotel ini merasa berbaloi dengan duit yang mereka keluarkan. Bahkan semenjak dibuka pada 2012, hotel ini telah memenangi pelbagai anugerah dan sememangnya ia terletak pada kelasnya tersendiri.

7. Faena hotel, Miami


Lokasinya yang berhampiran dengan laut yang membiru membuatkan pengunjung hotel ini berasa tenang sambil menikmati kemudahan mewah yang ada.

Ruang dekorasi yang menggunakan warna-warna garang pasti akan memberikan mood ceria sepanjang percutian di sana.

8. The Ritz Paris


Hotel ini turut menjalani pengubahsuaian selama empat tahun kerana diubahsuai secara insentif dan telah dibuka semula pada awal tahun ini. Mempunyai 142 bilik dan suites serta lengkap dengan restoran yang menyajikan makanan musim panas dan ballroom yang lebih besar memang menakjubkan sesiapa yang tinggal di sini.

Sumber rujukan Vitdaily

Comments

comments