Thailand merupakan negara jiran yang menjadi destinasi percutian yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Sekiranya anda pernah ke bandar-bandar di selatan Thailand seperti Hatyai, Krabi dan Phuket, pastinya ada akan terserempak dengan rakan senegara anda di sana.

Seorang pengguna Facebook hari ini telah berkongsi pengalaman percutian beliau ke Hatyai dan Krabi baru-baru ini. Namun apa yang paling menarik mengenai percutian beliau ini jumlah perbelanjaan yang kurang daripada RM1,000 untuk perjalanan selama 4 hari melalui jalan darat.


Setakat ini, itinerary Ashhry Atan ini sudah dikongsi sebanyak lebih dari 8 ribu kali dan pastinya boleh menajdi panduan buat sesiapa yang ingin ke sana.

Last week hari khamis sampai ahad aku decide nak pergi thailand naik train. Best jugak, train (ets) dia laju sangat dan ada kemudahan seperti cafe, toilet. Kalau macam penat duduk boleh jalan ke gerabak yang lain dan menikmati pemandangan luar

So kira ni macam trip unplanned budget jugak lah, aku cuba untuk menggunakan duit se minima yang mungkin. Kalau korang nak save lagi duduk hotel boleh duduk hotel backpack which is semalam dalam 200baht pun ada.

So ni adalah expenses yang beliau habiskan selama 4 hari 3 malam di Hatyai & Krabi

Hatyai

  • LRT Kelana Jaya – KL Sentral = RM3.40
  • KL Sentral – Padang Besar = RM76
  • Padang Besar – Hotel, Hatyai = 250 baht
  • Grand Pink Hotel 1 night = 1150 baht (divide 4)

Kalau datang Hatyai jangan lupa pergi Asean Night Market tau sebab macam macam dekat sini. Mak dengan bapak je takde jual. Tiba tiba teringat those days masa mula berniaga dengan piji. Macam nak bergelinang ayaq mata bila mengenangkan kisah lama

Udang satu polistrin tu 300 baht. Makan cicah sos pedas thai. Sekali suap terus menangis sebab sedap sangat!

Krabi

  • Hatyai Mini Van – Aonang Beach Hotel = 380 baht
  • Hotel 2 night = 650 baht (1 person)
    Dinner = 500 baht

Hari ketiga dan keempat

Day three (Krabi)

  • Emerald Pool, Hot Spring + Van Transfer = 700 baht
  • Transport to Night Market = 120 baht
  • Dinner = 500 baht

Day four (balik)

  • Krabi – Hatyai = 350 baht
  • Hatyai – KL (bus) = 650 baht

Boleh main benda alah ni dekat night market krabi. 20 minit dari Aonang Beach. Dekat pasar malam tu macam macam ada.

Restoran Salma Hatyai, Halal. Sedap semua makanan dekat sini! Kene datang!

Ayam goreng / panggang bersama nasi. Wajib try nasi kuning tu!


So total habes cuma RM634.40 (+-) sahaja percutian ke Hatyai & Krabi! Jadi kepada korang nak try boleh try sebab best gila.

Sometimes we spend so much time thinking about something but never doing it. The best things often happen unplanned. So just do the ting.

Comments

comments