1. Text dia dulu, jangan cakap “hai” sahaja.

2. Selain memuji kecantikannya, puji dirinya dari aspek personaliti.

3. Jika anda sedang duduk, tetapi dia berdiri dalam bas atau tempat yang sesak, berikan tempat duduk anda kepadanya.

4. Jadi diri sendiri. Yang penting, anda yakin.

5. Tanya perempuan itu tentang dirinya, bukan dengan soalan yang membosankan seperti, “macam mana hujung minggu?”

6. Lihat ke matanya apabila dia sedang bercakap.


7. Jangan guna pick-up line.

8. Berkongsi kisah lucu dengannya.

9. Suka selfie dia.

10. Jangan cerita tentang perempuan lain. Jangan pandang perempuan lain.

11. Apabila dia bercakap sesuatu yang negatif tentang dirinya, berikannya pujian.

12. Jika dia mengadu ingin menonton wayang tetapi rakannya tidak berminat, ajak si dia menonton wayang bersama anda.

13. Jauhkan berbicara tentang perkara seksual.

14. Pinjamkannya jaket anda jika dia sejuk.


15. Beritahu perasaan anda terhadapnya supaya dia tidak tertanya-tanya.

16. Tunjukkan betapa bijaknya anda. Bincang satu topik yang anda tahu, supaya anda kelihatan bijak.

17. Jika anda ada makanan, kongsikan dengannya.

18. Berikannya nama panggilan yang comel.

19. Ingat perkara kecil yang tidak penting, seperti makanan kegemarannya.

20. Kenalkan si dia kepada kawan-kawan dan ibu bapa anda.

rujukan nakbebel

Comments

comments