Ini Graham. Dia mungkin kelihatan sedikit berbeza tetapi dia pastinya seorang manusia. Punca dirinya kelihatan begitu kerana badannya telah diubah untuk menahan daripada kemalangan kereta.

Graham dicipta sebagai sebahagian daripada kempen keselamatan jalan raya Australia yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Kemalangan Pengangkutan (TAC). Dia telah direka oleh pelukis Patricia Piccinini, seorang pakar bedah trauma, dan jurutera keselamatan jalan raya, yang mengubah diri Graham berdasarkan pengetahuan mereka tentang kemalangan trafik.

Hasilnya tidaklah begitu cantik tetapi ianya sangat menenangkan. Seperti yang dapat anda lihat, Graham tidak mempunyai leher kerana leher mudah patah dalam kemalangan kereta. Dia juga mempunyai muka yang rata dan gemuk untuk melindungi telinga dan hidungnya. Dan jika anda tertanya-tanya tentang puting yang berlebihan itu, puting tersebut menjadi perlindungan kepada tulang rusuknya seperti set beg udara semula jadi.

Otaknya adalah sama seperti manusia lain, tetapi tengkoraknya lebih besar dengan cecair dan ligamen yang lebih banyak untuk menyokong otaknya apabila berlaku pelanggaran.

Mukanya yang berbentuk rata dan mempunyai banyak tisu lemak untuk menyerap tenaga impak. Oleh kerana muka kita terdiri daripada tulang dan otot, ramai yang terlibat dalam kemalangan akan mengalami keretakan pada tulang hidung. Malah, tulang pipi juga akan terkesan kerana bahagiannya yang rapuh. Maka, muka yang rata seperti Graham akan dilindungi oleh struktur yang lebih besar.

Tali pinggang keledar kereta telah direka untuk menggunakan kekuatan tulang rusuk supaya dapat menahan daya kemalangan. Oleh kerana itu, tali pinggang keselamatan tersebut direka dengan tiga titik yang berada di kedudukan tulang rusuk, tulang sternum (tulang dada), dan di sekitar pelvik.

Tengkoraknya berfungsi sebagai helmet, dan menyerap daya yang banyak ketika kemalangan.

 

Lututnya pula mempunyai pergerakan dalam semua arah supaya mengurangkan risiko kecederaan. Kulit Graham adalah lebih tebal dan lebih kasar untuk melindungi dan mengurangkan kesan melecet dan ruam. Sendi telah ditambah pada kakinya untuk membolehkannya melompat keluar secepat mungkin dalam gaya seperti spring.

Rujukan nakbebel

Comments

comments