Ketika Hosico masih kecil, dia sangat comel dan melucukan. Tuannya memuat naik gambar Hosico di Instagram dan dia mula menjadi terkenal kerana berwarna emas dan gebu.

Hosico suka bermain dengan permainan baru sahaja dan mudah berasa bosan dengan permainan tersebut dalam masa seminggu. Selalunya, permainannya bukanlah dari kedai, tetapi tali kasut, ranting kayu, helaian kertas, bola tenis, dan sebagainya.

Hosico takut pada orang dan tempat yang tidak dikenali. Walaupun sesuatu yang biasa dilihat tetapi diletakkan di tempat berbeza, dia pasti akan terkejut. Hosico sering dibandingkan dengan Puss in Boots dari kartun ‘Shrek’ atau Garfield, malah dibandingkan dengan seekor tupai atau hamster besar.

Comments

comments