Idea ini sesuai untuk mereka yang bergaji tinggi atas RM3000 dan mampu membayar komitmen sebanyak RM1098 sebulan selama lima tahun.

  1. Buat ASB Financing RM200K. Tempoh pembiayaan 30 tahun. Kadar keuntungan bank 5.2%. Tak ambil takaful. Ansuran bulanan RM1098.
  2. Selepas setahun, katakan dividen diumumkan 6.75% akan dapat RM13,500.
  3. Buat pula ASB2 Financing RM200K dengan ansuran sebulan RM1080 pada tahun berikutnya. Tempoh pembiayaan 30 tahun. Kadar keuntungan bank 5.0%. Tanpa takaful. Setahun RM12,960.
  4. Bayar ansuran ASBF2 guna dividen ASB1. Ada lagi lebihan RM540 (RM13,500-RM12,960) untuk belanja atau disimpan.
  5. ASB1 Financing dibayar macam biasa setiap bulan guna gaji dan ASB2 Financing dibayar menggunakan dividen ASB1.
  6. Selepas setahun, ASB2 akan memiliki dividen sendiri. Kita anggarkan kekuatan ASB2 sama macam ASB1. Katakan dividen ASB2 6.5%. Dan jumlah dividen bakal diperolehi RM13,000.
  7. Bayar ansuran bulanan ASB guna dividen ASB2. Ansuran bulanan ASB2 dibayar menggunakan gaji sendiri.

Dividen ASB1 dibiarkan compounding dan dividen ASB2 bayar ansuran ASB1. Layan langkah 7 sampai 5 tahun.

Senang nak faham macam ni, kita guna dividen ASB1 untuk bayar ansuran ASB2 dan lepas setahun dividen ASB2 pula bayar ansuran bulanan ASB1. Dividen ASB1 biarkan compounding. Dividen ASB2 jadikan untuk bayar ansuran ASB1. ASBF2 bayar guna duit sendiri setiap bulan selama lima tahun. Jadi komitmen kita masih sama.

Lepas 5 tahun kita terminate kita dapat:

ASB

Dividen terkumpul (48 bulan) : RM59,717
Pulangan Prinsipal (60 bulan) : RM15,828

ASB2

Dividen tahun terakhir : RM13,000
Pulangan Prinsipal (48 bulan) : RM12,740

Jumlah kasar keseluruhan : RM101,285

Dividen terkumpul di ASB1 dikira 48 bulan sahaja disebabkan tahun pertama digunakan untuk bayar ansuran ASB2. Dan pulangan prinsipal pada ASB2 dikira 48 bulan disebabkan usianya 4 tahun manakala usia ASB 5 tahun (60 bulan).

Dapat RM101,285 hanya 5 tahun? Itu tak dikira lebihan dividen RM540 pada tahun pertama lagi. Orang bijak dia tak beli kereta mewah, dia melabur hartanah pula. Buat deposit beli rumah. Generate lagi aliran tunai. Kalau nak beli kereta, boleh beli Honda City secara tunai, tanpa perlu berhutang 9 tahun dengan bank.

Sekarang dah tahu kenapa orang kata jangan beli kereta dulu ataupun beli kereta murah dulu dah kan.

Gaji besar bolehlah buat? Ada je gaji bawah RM2500 tapi dah beli kereta import mahal-mahal. Bulanan RM800-RM900. Campur minyak kereta lagi dah lebih RM1200 sebulan. Hutang sampai 9 tahun. Kalau anda tahan kehendak sekejap, beli kereta murah je, 5 tahun anda boleh beli kereta import tanpa hutang dah.

Itu baru 5 tahun. Kalau 10 tahun banyak lagi anda akan dapat. Kalau layan ASB & ASB2 Financing sampai habis tak ke jutawan? Dah pencen nanti takyah kerja dah.

Akhir kata, fahami potensi pelaburan. Naik turun dividen tu asam garam pelaburan. ASB sesuai untuk pelabur suka risiko rendah. Fahami kekuatan kewangan kita, buat kira-kira, setkan matlamat apa yang kita mahu. Jangan main ikut orang sahaja.

Ramai yang ada tunai dalam ASB RM70K lah, RM50K lah. Tapi tak pandai optimumkan kewangan yang kukuh tu. Duk ingat bank je untung. Kita untung besar lagi. WhatsApp saya segera untuk mendapatkan game plan khas yang sesuai untuk anda mengikut tahap kemampuan kewangan anda.

Penafian :

  • Perkiraan kasar sahaja supaya mudah difahami.
  • Jika dividen ASB diumumkan oleh ASNB kekal 6.75%
  • Jika dividen ASB2 diumumkan oleh ASNB kekal 6.5%

ASY
013 2561421
CIMB Wealth Advisor
Pembimbing Kewangan Anda
WhatsApp: +60132561421

Comments

comments