Selepas melancarkan single Wanita Terakhir, Januari lalu, bintang sensasi, Fattah Amin, 26, akan muncul pula dengan novel menggunakan judul sama.

Wanita Terakhir, hasil ciptaan Aizat Amdan, Mel Ramlan dan Anas Amdan, dirakam Fattah sebagai hadiah buat peminatnya selain ditujukan buat pelakon gandingannya dalam drama popular, Suri Hati Mr Pilot, Neelofa.

“Novel ini memang diadaptasikan daripada lagu berkenaan. Sama seperti lagu itu yang dijadikan hadiah untuk peminat, yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada saya, termasuk kumpulan Lofattah (gabungan Neelofa dan Fattah), saya berharap lagu ini dapat meneruskan penghargaan saya buat mereka.

“Kejayaan dan pencapaian saya selama ini takkan hadir tanpa sokongan semua peminat,” katanya yang baru-baru ini menang besar pada Anugerah Meletop Era 2017.

Rujukan Berita Harian

 

Comments

comments