PENGACARA bersama program Sukan Tak Sentral, Marsha Milan Londoh menyatakan permohonan maafnya terhadap bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek dan ahli keluarganya seperti yang dituliskan hos itu menerusi laman Instagramnya

Assalamualaikum, dengan rasa rendah diri saya ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga atlet yang telah mengharumkan nama negara, saudara WATSON NYAMBEK dan semua yang terkesan dengan persembahan kami dalam program SUKAN TAK SENTRAL.

Terima kasih diucapkan di atas komen – komen yang membina serta sokongan padu dari anda semua. Semoga kejadian ini dapat dijadikan panduan untuk kami agar lebih peka dengan sensiviti masyarakat sekeliling.

Dengan itu, saya dan juga pihak produksi ingin memohon maaf sekali lagi dan amat menyesali dengan apa yang telah berlaku dan akan memastikan kesilapan ini tidak akan berulang lagi demi kesejahteraan semua.

Comments

comments