Penulis asal kamarul llmar in shimane

“Sagishi”

Sejak kebelakangan ini agak kecoh dengan cerita-cerita penipuan atau scammers.

Entry kali ini, saya kongsikan sedikit kisah sisi gelap yang berlaku di Jepun. (Maaf mungkin cerita sebegini agak menghampakan mereka yang suka dengan pelbagai kehebatan negara Jepun.)

Di Jepun kegiatan penipuan atau scam ini telah lama berlaku, tetapi menjadi semakin berleluasa dan agak terbuka sejak adanya kemudahan internet.

Penggiat scam di Jepun dipanggil sebagai “Sagishi”. Pelbagai cara dan idea yang mereka lakukan semata-mata untuk mendapatkan wang dengan mudah.

Antara kisah-kisah yang hangat dalam masa 15 tahun yang lalu ialah:

Baca Jepun Sediakan Banyak Bilik Solat Tetapi Pemandu Pelancong Malaysia Ini Masih Kecewa

Baca Orang Jepun Terkejut Ramai Orang Malaysia Tidak Pandai Berbahasa Melayu

Ore-ore Sagi (Aku aku scam)

Menyamar menjadi cucu yang belajar di Universiti, dan menelefon nenek yang sudah tua di kampung, yang hidup dengan duit pencen, mengatakan mereka perlukan wang dengan segera kerana nak bayar yuran Universiti.

Cara mereka ialah, mereka menelefon nenek tadi dengan cara keadaan kelam kabut, supaya suara mereka tidak dapat cam dengan jelas dan suruh cepat-cepat masukkan wang ke akaun mereka.

Semasa menelefon mereka akan sebut dulu “Obaacyan… ore.. ore dayo!” (Tok wan ni aku ni.. aku ni!). Mereka menekankan dan menyakinkan nenek tu bahawa mereka adala cucu mereka. Memang ramai yang tertipu dengan cara ini. Sebab itulah dia panggil Ore Ore Sagi.

Maebarai Kin Sagi (Advance money fraud atau deposit scam)

Ini scam yang banyak berlaku sekarang. Mereka meminta deposit sebagai perjanjian kontrak. Deposit itu dikatakan tidak akan dikembalikan sekiranya ada pembatalan kontrak. Ramai yang terperangkap dengan perjanjian sebegini.

Pelanggan yang dijanjikan dengan pelbagai tawaran yang menarik diumpan dengan pelbagai maklumat yang menarik minat… sehinggalah pelanggan bersetuju membayar deposit. Tetapi pada akhirnya semua itu hanya penipuan sahaja.

Si penipu hanya inginkan wang deposit dan sekiranya apa-apa kontrak tidak menjadi mereka akan gunakan terma bahawa mengikut perjanjian wang tidak akan dikembalikan!

Rifom Sagi (House renovation scam)

Si penipu berpura-pura menjadi sebagai konsultan untuk renovate rumah. Mereka akan masuk ke kawasan perumahan dan memilih rumah yang telah di sasarkan, memperkenalkan diri mereka sebagai konsultan dan specialis pengubahsuaian rumah.

Pada mulanya, mereka akan menegur tuan rumah dari luar mengatakan yang rumah mangsa telah nampak uzur. Mereka meminta kebenaran tuan rumah untuk membuat pemeriksaan secara percuma. Tuan rumah yang terpedaya, membenarkan mereka untuk membuat pemeriksaan.

Cara mereka membuat pemeriksaan tampak begitu profesional dengan alat-alat elektronik yang menampakkan seolah pemeriksaan dibuat secara rapi, terutama di bahagian yang orang susah masuk contohnya di bawah lantai atau dalam atap. Walhal, mereka ini tidak tahu apa pun tentang pengubahsuaian rumah.

Selepas tamat pemeriksaan, si penipu tadi akan bercerita tentang hasil pemeriksaan dengan mengatakan perkara-perkara yang menggerunkan tuan rumah. Lantas mereka terus membuat sebutharga yang tinggi, menyatakan banyak tempat di dalam rumah mangsa perlu dibaiki, contoh kerangka atap sudah nak roboh. Tuan rumah yang panik akan terus setuju untuk membuat pembaikan rumah mereka.

Ya si penipu masuk ke rumah berpura-pura membaiki rumah tetapi sebenarnya tiada apa yang dibaiki pun kerana struktur asal rumah masih lagi utuh!

Ada juga yang menipu mengatakan ada lagi tambahan tempat yang perlu dibaiki contoh paip sudah lama dan akan pecah bila bila masa. Sekali lagi tambahan wang yang diminta untuk “membaiki” paip yang masih elok!

Pernah saya dengar ada tuan rumah yang tertipu sehingga 2 juta yen atau RM800k dengan membayar harga renovation yang tidak perlu.

Phishing Sagi (scam cara mengumpan melalui website)

Ada agensi third party IT website yang menipu, akan mencipta website membership palsu yang mewakili beberapa syarikat yang terkenal, dan memberikan notis kepada pelanggan dengan menyatakan “akaun pengguna anda akan tamat tempoh. Sila isikan butir-butir peribadi anda untuk pengesahan akaun yang baru” .

Ada pelanggan yang tidak dapat membezakan URL atau alamat website dengan betul. Ada antara mereka tergesa-gesa mengisi butir-butir privasi mereka seperti nama, alamat, credit card ID hinggalah no akaun bank, yang mana intormasi begini bakal digunakan oleh agensi third party yang menipu tadi untuk pelbagai tujuan buruk.

Di atas adalah diantara 4 jenis penipuan yang banyak di jalankan di Jepun. Dibawah ini saya senaraikan lagi beberapa jenis scam atau penipuan yang dijalankan di sana.

Tetapi saya tidak akan menerangkannya secara lanjut kerana bimbang ada orang yang akan cuba untuk meniru dan praktikkannya pula di sini.

  • Kekkon Sagi – Scam Kahwin
  • Shunsaku Sagi – Scam Pinjaman Wang
  • Hoken Sagi – Scam Insurance
  • Okusyon Sagi – Scam Internet Auction
  • Wankurikku Sagi – Scam One Click on Internet
  • Furikomi Sagi – Scam masukkan wang ke ATM
  • Gien Kin Sagi – Scam derma wang
  • Kyanseru Sagi – Scam pembatalan perjanjian jual beli
  • Dairinin Sagi – Scam Guarantor jual beli rumah
  • Daikin Hikikae Yuubin Sagi – Scam Cash on Delivery
  • Musen Inshoku Sagi – Makan lari. Makan di restoran tanpa membayar.
  • Settai Sagi – Scam entertainment.
  • Kogitte Sagi – Scam Cheque.
  • Kaku Seikyu Sagi – Scam bil palsu.
  • Bengoushi Sagi – Scam yang melibatkan peguam yang menguruskan visa orang luar

Usaha penangkapan dan penghapusan Sagishi ini sentiasa dijalankan oleh pihak berkuasa Jepun.

Namun kelicikan dan idea-idea baru yang sentiasa bercambah oleh penggiat Scam ini, susah untuk dibendung kerana mereka tahu bagaimana untuk memanipulasi kepercayaan dan kepanikan kebanyakkan rakyat Jepun. Terutama warga tua yang menerima duit pencen pada setiap bulan.

Di Malaysia ini penggiat-penggiat scam ini juga amat berleluasa, tetapi kebanyyakan kegiatan mereka banyak yang menggunakan media sosial. Seperti penipuan jual beli barang, penipuan pakej pelancongan dan pelbagai lagi.

Kalau dilihat dari senarai scam yang berlaku di Jepun di atas, perkara ini amat menakutkan sekiranya benar-benar berlaku di Malaysia.

Keuntungan yang mudah seperti scam ini telah merugikan berjuta malah berbillion yen duit rakyat Jepun.

Elakkan dari mudah mempercayai iklan-iklan yang menampakkan sesuatu barangan atau pakej itu amat murah dan mengiurkan. Ajar diri untuk membuat kaji selidik sebelum membuat keputusan atau bayaran.

Comments

comments